GIVI Explorer – Medan Penyelidikan Dan Pembangunan Produk Terbaik

Tunggangan kembara GIVI Explorer Tour dijadikan medan ujikaji produk GIVI bagi menyediakan produk terbaik untuk pengguna mereka. Tunggangan kembara “GIVI Explorer – The Golden Triangle Adventure” telah melintasi 3 negara Indochina iaitu Thailand, Kemboja dan Vietnam. Pelbagai motosikal daripada model dan jenama yang berbeza telah dipilih bagi mempamerkan kepelbagaian dan kesesuaian produk GIVI.