Penganjur kejohanan MotoE World Cup telah mengesahkan bahawa punca kebakaran berkenaan adalah sebuah litar pintas. Gudang sementara bersama dengan jentera dan kelengkapan MotoE di Litar Jerez itu habis musnah dijilat api. Kebakaran itu telah membantutkan baki ujian pra musim dan juga pusingan pertama pada bulan Mei yang akan datang.
Tag: FIM Enel MotoE World Cup
Jadual, peraturan, dan grid bagi siri kejohanan Enel MotoE World Cup 2019 telah pun disahkan. 18 orang penunggang akan mengambil bahagian dalam siri kejohanan yang akan diadakan buat julung kalinya ini. Lima pusingan telah pun ditetapkan bagi tahun hadapan.
Siri perlumbaan FIM Enel MotoE World Cup yang diadakan julung kalinya buat motosikal elektrik akan bermula pada tahun 2019. Para penunggang akan menunggang motosikal elektrik Energica. Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan menampilkan seorang penunggang.