Ducati Malaysia dengan secara rasminya telah mengumumkan senarai harga terkini mereka dengan 0% GST untuk ke semua model semasa. Pengurangan bermula dari RM2,881 hingga RM27,672 untuk model-model yang berbeza. Harga baru ini akan berkuatkuasa bermula 1 Jun 2018 sehingga notis yang seterusnya.
Tag: Ducati Malaysia
Desmo Owners Club Malaysia (DOCM) telah menganjurkan sesi hari litar mereka yang pertama untuk tahun ini pada hari Ahad yang lalu (6 Mei 2018). Lebih daripada 120 orang pemilik motosikal Ducati telah menyertai kemeriahan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC). Pelbagai jenis model Ducati telah beraksi di atas litar, dari Panigale hinggalah ke Streetfighter.
Ducati North America telah mengeluarkan dua panggilan semula bagi model Ducati Panigale V4 2018 terbaru. Ke semua 692 buah unit motosikal V4, V4 S, dan V4 Speciale telah terjejas dengan dua isu yang berkaitan dengan sistem pengudaraan bahanapinya dan juga penutup tangki bahanapi. Kedua-dua panggilan semula ini telah diisukan dengan segera kerana ia mungkin akan…
Shell Advance ingin memberi ganjaran buat pengguna minyak pelincir motosikal 4T mereka melalui promosi terkini mereka. Apa yang perlu anda lakukan adalah membelanjakan sekurang-kurangnya RM25 dalam satu resit sama ada dengan pembelian minyak pelincir enjin atau minyak gear. Selain daripada sebuah motosikal Ducati, Shell juga akan menghadiahkan dua pasang kacamata hitam Oakley setiap minggu!
Perhimpunan Mega Panigale Kingdom Tahunan Kali Ke-3 2018 telah diadakan semalam (7 April 2018) di Gold Coast Morib International Resort. Lebih daripada 50 orang pemilik motosikal Panigale dari seluruh negara telah berkumpul di Putrajaya sebelum menuju ke Banting, Selangor untuk menghadiri hari keluarga tersebut. Ducati Malaysia turut memeriahkan acara istimewa ini dengan mengadakan pratonton khas…
Ducati Monster akan menyambut ulang tahun ke-25nya pada tahun ini dan kami telah terdengar khabar bahawa Ducati Monster 821 2018 akan tiba pada bulan Jun ini. Motosikal Ducati Monster yang pertama telah dihasilkan pada tahun 1993 sewaktu motosikal Monster 900 dikeluarkan dari kilangnya. Tahun ini, mereka akan meraikan motosikal Monster ini dengan motosikal lumba naked…
Dua buah unit motosikal Ducati 1299 Panigale Final Edition 2017 telah pun tiba di Malaysia pada awal hari ini. Salah sebuah daripada motosikal tersebut telah pun dijual manakala sebuahnya lagi masih sedia menanti pemilik barunya. Ditetapkan pada harga RM339,999 (harga asas beserta GST), motosikal Final Edition ini boleh didapati di Ducati Malaysia di Petaling…
Motosikal Ducati Panigale V4 2018 dijangka tiba di Malaysia seawal bulan Mac 2018. Tempahan sudah mula dibuka bagi ketiga-tiga varian bermula dari Panigale V4 asas, Panigale V4 S hinggalah untuk motosikal edisi terhad, Panigale V4 Speciale. Ducati Petaling Jaya turut menganjurkan acara Ducati Red Weekend pertamanya pada 13 dan 14 Januari 2018 di mana anda…
Semenjak pelancaran motosikal Ducati Panigale V4 2018, orang ramai telah tertanya-tanya berkenaan harganya bagi pasaran di seluruh dunia. Walaupun ianya telah disahkan yang motosikal ini akan ditetapkan di antara €22,590 (RM110,182) hingga €39,900 (RM194,608) di Eropah, kami menyangkakan yang ianya mungkin sekali akan berharga di antara RM180,000 hingga RM250,000 setibanya motosikal itu di Malaysia…