Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali mengisyaratkan bahawa pengeluaran motosikal Ducati yang pertama sudah hampir tiba. Ianya sebahagian daripada rancangan Kumpulan VW untuk bertukar ke arah kenderaan elektrik menjelang 2030. Kebanyakan negara akan mengharamkan pengeluaran kenderaan petrol dan diesel dalam tempoh satu atau dua dekad.
Tag: Ducati
Kami telah menunggang uji model Ducati Multistrada 950 2018 sewaktu Tunggangan Media anjuran Ducati Malaysia. Motosikal Multistrada 950 ini merupakan tawaran dalam segmen motosikal sport-tourer kelas pertengahan. Ianya sesuai buat pelbagai jenis penunggang.
Ducati Malaysia telah menganjurkan Tunggangan Media Ducati Multistrada 950 baru-baru ini. Tujuan konvoi ini adalah untuk menyerlahkan kebolehan jentera Ducati Multistrada 950. Di samping itu, tunggangan ini mempersembahkan sekilas pandang gaya hidup yang berkait rapat dengan motosikal ini buat warga media.
Ketua Pegawai Eksekutif KTM, Stefan Pierer, telah menyatakan hasratnya untuk memperoleh Ducati dalam satu temuramah. Dia telah pun mempunyai rancangan bagi membolehkan kedua-dua jenama bekerjasama. Ianya sudah pasti amat menarik sekali untuk menyaksikan sama ada KTM berjaya membeli Ducati dari VW.
Sepanjang bulan Disember 2018 ini, Ducati Malaysia akan menawar tawaran dan rebat menarik sehingga 80% sempena promosi istimewa hujung tahun dan juga sambutan Hari Natal mereka iaitu Ducati Red Christmas! Mulai sekarang hingg 31 Disember 2018, para pelanggan boleh menikmati penjimatan sehingga RM50,000 bagi model terpilih Ducati khususnya kepada pengunjung Ducati Petaling Jaya. Model-model menarik…
Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis jentera ‘dual-sport’ atau ‘adventure’ yang sedang ditawarkan oleh beberapa jenama terkemuka dari seluruh dunia. Dari segi kategori ‘entry-level’, banyak pilihan di dalam pasaran dan antara motosikal yang paling diingini ramai adalah Ducati Multistrada 950.
Model Ducati Panigale V4 RS19 2019 telah diperkenalkan secara rasmi di EICMA 2019. Sebelum ini ia telah membuat kemunculan sewaktu pusingan WorldSBK di England. Model Panigale V4 RS19 adalah jentera khusus untuk perlumbaan dan tidak disediakan untuk orang awam.
Model Ducati Multistrada 950 S 2019 dan Ducati Multistrada 950 2019 telah dilancarkan di EICMA 2018. Kedua-dua buah model ini telah dikemaskini dengan perincian baharu, di mana model “S” dilengkapi dengan spesifikasi yang lebih tinggi. Motosikal 950 S merapatkan jurang dengan model Multistrada 1260.