Boon Siew Honda mengumumkan Mitsuharu Funase sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif baharu syarikat itu. Funase menggantikan Yoshitaka Nakamura yang telah pun dilantik sebagai CEO baharu bagi Honda Motorcycle Kenya Limited. Menurut kenyatana dikeluarkan pihak BSH hari ini, Funase sebelum ini menggalas jawatan selaku Pengarah Strategi Produk, Divisyen Perancangan Perniagaan Operasi Motosikal di ibu…
Tag: Boon Siew Honda
Boon Siew Honda akhirnya merasmikan Honda RS-X 150 (atau Winner-X di pasaran Vietnam) yang ditawarkan pada harha RM8,688. Seperti yang dijangka, RS-X ini dikuasakan enjin 150cc Euro 4 DOHC yang mampu menghasilkan 15.8hp pada 9,000rpm dan 13.6Nm pada 7,000rpm. Menariknya, ciri keselamatan turut dipertingkat dengan sistem ABS (satu saluran) manakala pencahayaan dikendalikan lampu LED penuh….
Setelah beberapa tahun penantian, akhirnya muncul sinar di hujung terowong apabila Honda Winner X semakin hampir untuk dilancarkan di Malaysia. Hal ini kerana terdapat beberapa pengedar yang telah pun mengiklankan pembukaan tempahan bagi model moped 150cc tersebut. Bagaimanapun, setakat kini masih tiada sebarang kenyataan rasmi yang diumumkan Boon Siew Honda. Malah, iklan ‘tempahan dibuka’ bagi…
Boon Siew Honda telah pun merasmikan CBR150R 2021 beberapa bulan sebab motosikal segmen sportsbike 150cc itu dilancarkan di negara jiran, Indonesia, awal tahun ini. Meskipun sedikit mengejutkan tatkala rata-rata mengharapkan ketibaan Winner X namun CBR150R ini dijangka memberi pilihan lebih luas kepada pembeli yang sebelum ini hanya disajikan dengan Yamaha R15 di Malaysia. Menariknya, Honda…
Boon Siew Honda dijangka akan melancarkan Honda CBR150R 2021 pada 7 September ini. Perkara itu dimaklumkan menerusi perkongsian terbaru di Facebook Honda Motorcycle Malaysia dengan slogan ‘Bersedia Untuk Sesuatu Ketangkasan’. Meskipun tidak mendedahkan rupa jelas model tersebut namun berdasarkan siluet yang ditayangkan, jangkaan kami merujuk kepada CBR150R yang sebelum ini telah pun dipasarkan di negara…
Selepas beberapa tahun penantian, akhirnya pasaran Malaysia mampu berasa teruja seiring dengan negara jiran apabila Boon Siew Honda (BSH) melancarkan CBR250RR 2020! Honda CBR250RR didatangkan dengan enjin 249.7cc dengan silinder berkembar yang menjana 40hp pada 13,000rpm dan 25Nm pada 11,000rpm. Ini juga merupakan motosikal 250cc pertama di Malaysia yang didatangkan dengan fungsi quickshifter yang turut…
Honda telah melancarkan X-ADV baharu bagi 2021 yang kini tampil dengan pengayaan dikemas kini dan lebih berkuasa. Honda X-ADV merupakan skuter maxi dengan elemen adventure popular sejak diperkenalkan julung kalinya pada 2016. Bagi tahun 2021, dengan penguatkuasaan Euro5, Honda telah melaksanakan beberapa perubahan ketara terhadap model tersebut. Antara kemas kini yang ketara dilaksanakan adalah bahagian…
Boon Siew Honda mengumumkan CBR600RR 2021 kini boleh didapati dalam pasaran tempatan pada harga RM98,888. Bagi tahun 2021, terdapat banyak penambahbaikan baharu bagi memastikan jentera sportsbike 600cc itu terus relevan masa kini. Didatangkan dengan enjin 599cc 4-inline DOCH, CBR600RR kini menawarkan 121hp pada 14,000rpm dan 64Nm pada 11,500rpm lebih tinggi berbanding model sebelumnya hasil bantuan…
Baru-baru ini, Yamaha telah pun melancarkan Y16ZR VVA yang merupakan generasi baharu motosikal jenis moped untuk pasaran tempatan. Kini, Boon Siew Honda, turut dicanang bakal memperkenalkan Winner X setelah motosikal itu dikesan menjalani ujian jalan raya di sini. Meskipun gambar tersebut diambil dari belakang namun berdasarkan reka bentuk lampu dan pemegang belakang sememangnya mengesahkan model…