Dalam tempoh enam bulan ini, Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan beberapa model berkapasiti kecil untuk pasaran Malaysia antara Vario 125, Vario 160, diikuti Wave Alpha terbaru pada Januari lalu. Bagaimanapun, setakat hari ini, tiada perkembangan baharu mengenai model kapcai popular, Honda EX5 yang telah pun berada di pasaran sejak diperkenalkan pada 1987. Tinjauan di…
Tag: Boon Siew Honda
Tidak dinafikan, masalah kekurangan bekalan semi-konduktor menjejaskan pengeluaran motosikal dan kereta dunia. Jadi, tidak hairanlah jika penjual motosikal dan kereta memaklumkan kepada pelanggan bahawa tempoh menunggu memakan masa sehingga berbulan. Bagaimanapun, kami diberitahu terdapat sebuah motosikal yang tempoh menunggunya mencecah sehingga dua tahun. Demikian respon yang kami terima apabila menghubungi beberapa cawangan Honda Big Wing…
Boon Siew Honda dengan rasminya melancarkan Honda CB250R 2022 untuk pasaran tempatan dengan harga RM23,999 (sebelum cukai jalan dan insurans). Model ‘neo-sport cafe’ ini menjalani kemas kini bagi tahun 2022 yang merangkumi naik taraf suspensi. Hasilnya, Honda CB250R 2022 kini didatangkan dengan fork depan 41mm Showa Separate Fork Function Big Piston (SFF-BP). Fork terbaru itu…
Honda CBR150R kini tampil dengan edisi Repsol bagi tahun 2022 menyertai pilihan warna sedia ada yang ditawarkan di pasaran. Livery Repsol ini secara tidak langsung menyerlahkan lagi rupa CBR150R secara menyeluruh terutamanya dengan penggunaan warna terang sama seperti yang terpampang pada jentera RC213V Honda di MotoGP. Penggunaan warna oren juga diterapkan di bahagian rim, tangki…
Boon Siew Honda telah melancarkan Dash 125 yang telah dikemas kini bagi tahun 2022. Kemas kini itu menyaksikan Dash 125 kini mencapai emisi Euro4 berserta EEV (Energy Efficient Vehicle). Antara naik taraf lain yang turut dilaksanakan adalah rekaan dan grafik lebih segar, meter dail baharu dan jelas dan visor depan lebih sporty. Bagi menjaminkan tahap…
Pelumba Cardinals Racing Team, Ahmad Afif Amran menghadiahkan kemenangan untuk pasukannya apabila mengungguli Perlumbaan 2 kategori UB150 di Buriram pada Ahad. Bermula di petak keempat ternyata tidak menyekat Afif untuk bersaing dengan kelompok depan dan bignkas menempatkan dirinya di belakang pendahulu selpeas tiga lap. Afif kemudiannya terus mendahulu perlumbaan di lap keempat dan memulakan asakan…
Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan pilihan warna baharu bagi model RS150R 2022 meskipun Honda RS-X telah pun dilancarkan sebelum ini. Bagi tahun 2022, RS150R tampil dengan pilihan warna Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Radiate Grey Metallic disamping jalur grafik baharu. Bagaimanapun, tiada perubahan dilakukan terhadap bahagian enjin yang masih lagi digerakkan platform satu silinder…
Bagi meraikan model Honda EX5 yang telah pun terjual lebih 2 juta unit dan sempena peringatan khas ulang tahun ke-35, Boon Siew Honda memperkenalkan EX5 Edisi Terhad. Bagi memberikan kelainan, Honda EX5 edisi terhad ini tampil dengan pilihan warna Extravagant Gold Metallic yang terpampang di panel badan. Imej klasik juga dipertingkat dengan penggunaan rim berwarna…
Boon Siew Honda mengemaskini Honda X-ADV bagi tahun 2022 dengan pilihan warna baharu, Mat Ballistic Black Metallic. Pilihan warna baharu itu sertai Pearl Deep Mud Grey dan Grand Prix Red sedia ada. Meskipun warna baharu namun X-ADV masih mengekalkan spesifikasi sama bagi tahun 2022. Honda X-ADV 2022 ini dikuasakan enjin parallel-twin 745cc SOHC 8-valve dengan…