Model BMW C 400 GT 2019 telah diperkenalkan di EICMA 2018. Ia berkongsi enjin serta kerangka yang sama seperti model C 400 X, namun, tanda nama GT-nya itu bermakna yang model ini adalah untuk perjalanan jarak jauh. Dilengkapi dengan pelbagai ciri yang menakjubkan seperti cakera brek hadapan berganda, skrin TFT 6.5 inci, dan lain-lain lagi.