Model Aprilia RSV4 X memperagakan kemahiran pengeluar berkenaan dalam menghasilkan motosikal lumba dan juga jentera perlumbaan. Antara tarikannya adalah kotak gear “Aprilia No Neutral”. Enjin motosikal ini mampu menghasilkan kuasa sehingga 225hp, dan ianya hanya seberat 165 kilogram.
Tag: be a racer
Pemilik Aprilia di Malaysia telah menikmati satu hari yang cukup menyeronokkan di Litar Antarabangsa Sepang semalam. Didi Resources, pengedar rasmi baharu jenama tersebut, telah menganjurkan satu hari litar, seperti mana yang telah dijanjikan. Pelbagai model motosikal Aprilia telah turun ke litar.