KEMASKINI (12 Jan 2017): Jentera yang mungkin dilancarkan adalah Ego Solariz, bukan NVX155 ??? HLYM akan melancarkan jentera baru mereka untuk 2017 pada 15 Januari ini. Pada pengamatan kami, jentera ini mungkin jentera automatik dan sangat berkemungkinan jentera dalam gambar usikan ini adalah NVX155 / Aerox155? Apa pendapat anda? Sumber: Yamaha Events Malaysia FB Maklumat…
Category: Yamaha
HLYM mengemaskini grafik Yamaha MT-07 dengan dua warna iaitu Night Fluo dan Yamaha Blue. MT-07 sebagai jentera sememangnya hadir dengan grafik yg minimum untuk menampakkan garisan-garisan badannya yang cantik beserta dengan enjin dwi silinder yang tidak dilitupi reraup.
Yamaha YZF-R15 akan menerima kemaskini pada masa yang terdekat ini dan TMCBlog melaporkan terdapat beberapa gambar intipan yang menyerlahkan sedikit gambaran awal mengenai YZF-R15 ini. Lampu hadapan adalah lebih sepet dan di tengahnya menampakkan lohong masukan udara yang lebih besar.
Jentera jalanan ini telah diperkenalkan pada Oktober 2016 di acara Intermot, Cologne dan kali ini sedia untuk dipasarkan pada tahun hadapan. Yamaha MT-09 hadir dengan enjin menumpukan kuasa pada peringkat pertengahan dengan daya kilas yang kuat dan dari itulah nama ‘MT’ terhasil, iaitu ‘Master of Torque’. Versi kemaskini untuk 2017 ini dapat dilihat pada penggunaan…
Kozi Sport Wheels, satu jenama dari TSR Malaysia, membawakan rim sukan rekaan terbaru, M5, untuk Yamaha Y15ZR. Terdapat 3 warna untuk dipilih iaitu Emas, Hitam dan Biru.
Yamaha Indonesia telah mengemaskini jentera moped 150cc mereka iaitu Jupiter MX King atau Y15ZR di Malaysia. Paling menampakkan perubahan adalah pada warna Racing Blue ini dimana tempat duduknya diwarnakan dengan warna yang setara iaitu warna biru juga. Warna Racing Blue ini adalah warna yang biasa, bukan warna edisi istimewa kerana versi GP masih ada juga.
HLYM dengan rasminya ingin menjemput anda; pemilik jentera 250cc, untuk menguji Yamaha MT-07 mereka di Litar Elite Speedway PLUS. Yamaha MT-07 merupakan jentera dua-silinder berkapasiti 689cc yang mempunyai daya kilas yang tinggi sesuai dengan akronim MT yang bermaksud ‘Master of Torque’. Berikut adalah maklumat mengenai sesi ujian tersebut:
Setelah diperkenalkan oleh Valentino Rossi di MotoGP Sepang, Malaysia, Yamaha Aerox 155 VVA kini sedia untuk beraksi di Indonesia. Sesuatu yang terus menarik pandangan anda mengenai skuter ini adalah tayar yang digunakan adalah lebih lebar daripada kebanyakan skuter yang biasa kita lihat. Saiz untuk tayar hadapan 110/80-14, manakala untuk tayar belakang pula adalah pada ukuran…
Yamaha Motor Corporation mengambil peluang untuk melancarkan jentera terbaru mereka iaitu Yamaha NVX 155 atau dikenali sebagai Aerox di sesetengah pasaran. Yamaha NVX 155 ini dikatakan mempunyai enjin yang berasal dari Yamaha NMax 155, namun dibaluti dengan rekabentuk yang lebih tajam dan agresif; sesuai untuk penunggang yang lebih muda. Tambah-tambah pula dengan grafik Movistar Yamaha,…