Model Yamaha Niken sudah cukup ranggi sekali, dan ia bertambah ranggi apabila sebuah bengkel di Australia melengkapkannya dengan turbo. Ia mampu menghasilkan 148hp, berbanding 115hp pada motosikal standard. Turut menyerikan pengubahsuaian motosikal ini adalah kemasan warna khusus.
Category: Niken 2019
Model Ducati Diavel 1260 yang baharu dan Yamaha Niken telah memenangi anugerah berprestij Red Dot 2019 bagi kategori Reka Bentuk. Para juri menganugerahkan penghormatan ini kepada produk berdasarkan reka bentuk dan inovasi. Para pemenang boleh menayangkan label Red Dot pada produk mereka.
Yamaha telah mengumumkan bahawa motosikal kelas pertengahan Yamaha Niken mungkin akan tiba dalam masa yang terdekat. Motosikal Yamaha Niken 2019 ini dijana oleh enjin tiga selari 847cc yang sama seperti motosikal MT-09. Kami ramalkan yang versi bersaiz sederhana akan datang lengkap dengan enjin dwi-silinder 869cc dari motosikal MT-07.