Ana Carrasco telah menjuarai kejohanan World Supersport 300 (WorldSSP300) 2018. Dia menempah sejarah sebagai juara wanita pertama dalam sukan perlumbaan motosikal. Dia telah menggondoli kejohanan ini dengan beza hanya sebanyak satu mata dengan pencabar terdekatnya, Mika Perez.
Category: WSSP
Juara WorldSSP sebanyak lima kali, Kenan Sofuoglu, telah mengumumkan bahawa dia akan bersara selepas hujung minggu ini. Perlumbaan terakhirnya akan berlangsung pada hujung minggu ini di Pusingan Itali Pata dari 11 hingga 13 Mei 2018 di Imola, Itali. Penunggang yang berasal dari Turki itu akan menumpukan perhatiannya pada perkara-perkara lain, terutamanya pada keluarga dan sekolah…
Juara WorldSSP lima kali, Kenan Sofuoglu telah mengalami kecederaan retak pada tulang pinggulnya di tiga tempat sewaktu sesi kelayakan pada hari Sabtu lalu apabila dia terbabas di Litar Magny Cours di Perancis. Penunggang berusia 33 tahun dari Turki itu sudah hampir pasti melayakkan dirinya di barisan hadapan perlumbaan sebelum dia terbabas dan telah diisytiharkan…
Perlumbaan WorldSSP300 pada hujung minggu lalu di Portugal menyaksikan Ana Carrasco (ETG Racing) mencipta sejarah sebagai penunggang wanita pertama memenangi perlumbaan motosikal Kejohanan Dunia. Penunggang berusia 20 tahun dari Sepanyol itu bertarung dengan hebat di sepanjang perlumbaan dan berjaya merangkul kemenangannya itu di selekoh terakhir dan melintasi garisan penamat di tempat pertama. Ketika ini, penunggang…
Penunggang bagi pasukan pengilang WorldSBK Yamaha, Michael van der Mark telah dipilih untuk menggantikan Valentino Rossi yang telah tercedera bagi pusingan MotoGP yang berikutnya di Aragon pada 24 September 2017. Penunggang berusia 24 tahun yang berasal dari Belanda itu bakal membuat kemunculan MotoGP yang pertama kalinya di atas jentera Yamaha YZF-M1 dengan sokongan daripada…
Zulfahmi Khairuddin menamatkan pelumbaan World SuperSports (WSSP) dengan kedudukan terbaik di tempat kedua dalam musim ini setakat ini. Zulfahmi mempamerkan prestasi yang baik dalam keseluruhan perlumbaan ini dimana beliau memimpin perlumbaan sejak dari awal perlumbaan sehinggalah ke pusingan 10 dimana Badovini memotong beliau. Zulfahmi terus berusaha untuk merapatkan kedudukan dalam 3 pusing terakhir dan telah…