Triumph Motorcycles Malaysia baru-baru ini telah melancarkan secara rasmi lapan buah model yang baru: Bonneville Bobber Black, Bonneville Speedmaster, dan enam buah varian Triumph Tiger 800. Kami telah berpeluang untuk menunggang uji motosikal Bobber Black, Tiger 800 XCX dan Tiger 800 XRX. Model Tiger 800 XR kini ditawarkan pada harga istimewa RM56,900 (harga asas beserta…
Category: Bonneville Bobber Black 2018
Triumph Motorcycles Malaysia (Fast Bikes Sdn. Bhd.) baru sahaja melancarkan Triumph Bonneville Bobber Black, Speedmaster dan Tiger 800 2018. Lapan buah motosikal baru yang terdiri dari model Bobber Black, Speedmaster, dan enam buah varian Tiger 800 kini boleh didapati secara rasmi. Model-model terkini Triumph 2018 ini boleh didapati bermula dari harga RM56,900 hingga RM81,900.
Bagi tahun 2017, Triumph Motorcycles telah menjual lebih daripada 63,000 motosikal mereka melalui pengedar mereka di seluruh dunia. Sebanyak 63,404 unit telah terjual yang mana ianya mendatangkan hasil jualan sebanyak £498.5 juta (RM2.7 Billion). Triumph meraih keuntungan sebanyak £24.7 juta (RM134 juta), iaitu peningkatan sebanyak 48% dari peningkatan jualan sebanyak 22% di seluruh dunia.
Motosikal Triumph Bonneville Bobber Black 2018 juga telah diperkenalkan bersama dengan kelahiran semula motosikal Speedmaster. Didatangkan dalam skema warna serba hitam, motosikal Bobber Black 2018 ini juga dilengkapi dengan pelbagai penaiktarafan yang baru terutamanya pada bahagian hadapannya. Sepasang fork kartrij 47mm Showa telah dipaut pada roda 16 inci yang baru beserta sepasang cakera brek…