Triumph Street Twin 2019 menyaksikan motosikal berkenaan dikemaskini dengan spesifikasi yang lebih mengancam. Kini ia hadir dengan lebih kuasa, pengendalian yang lebih baik, serta kelengkapan baharu. Perincian dan kemasan baharu akan menjadikan motosikal baharu ini tampak lebih anggun.
Category: Triumph Motorcycles
Musim acara pameran motosikal telah bermula untuk tahun ini. Pelbagai pengeluar telah mempersembahkan model terbaru mereka sebelum bermulanya pertunjukan-pertunjukan ini. Namun, ada banyak lagi yang masih belum diperkenalkan.
Triumph telah menyerahkan enjin-enjin Moto2 kepada rakan kerja teknikal mereka sewaktu hujung minggu GP Aragon yang lalu. Rakan kerja teknikal mereka, ExternPro, akan membina dan menyelenggara enjin-enjin tersebut sepanjang musim. Penyerahan itu menandakan berakhirnya fasa pembangunan dan bermulanya era baharu Moto2.
Lebih banyak rahsia enjin tiga selari Moto2 765cc Triumph telah terbongkar. Enjin jentera perlumbaan tersebut secara amnya adalah enjin standard. Enjin baharu akan menjana jentera Moto2 bermula tahun 2019.
Acara amal “Sayap Impian” Kawan Awan telah berlangsung semalam, di mana 135 kanak-kanak dari rumah kebajikan dan 4 orang kanak-kanak yang sakit tenat telah menaiki penerbangan pertama mereka mengelilingi Kuala Lumpur. Dianjurkan oleh Nik Huzlan, yang lebih mesra dikenali sebagai Kapten Nik, acara amal yang unik ini bertujuan untuk memberikan satu pengalaman yang serba baharu…
Triumph Motorcycles telah menyempurnakan rombakan akhir enjin Moto2 mereka dan akan memperagakannya sewaktu GP British pada hujung minggu ini. Enjin inline-Four 765cc akan dibekalkan kepada pasukan Moto2 bermula musim 2019, menggantikan enjin inline-Four 600cc dari Honda. Enjin Triumph tersebut dijangka akan menghasilkan kuasa kuda pada tahap pertengahan dan tinggi yang lebih.
Kemunculan motosikal Triumph Scrambler 1200 telah digembar-gemburkan sejak dari pelancaran versi 900cc lagi. Kini, Triumph telah hadir dengan video usikan yang baharu. Motosikal baharu ini akan dilancarkan pada 24 Oktober 2018.