Suzuki Malaysia telah memuatnaik dalam laman Facebook mereka gambar motosikal Suzuki Katana 2019 yang telah pun tiba di tanah air kita! Bagaimana pun, maklumat tambahan mahu pun harga rasminya masih tidak diketahui. Satu carian di Mudah.my mendapati ada pos-pos dari bulan lepas yang menawarkan motosikal berkenaan pada harga RM85,000.
Category: Katana
Bila sebut sahaja nama motosikal Suzuki, kaki kapcai akan teringat Suzuki Belang R manakala kaki ‘superbike’akan menyebut GSXR tetapi bila kali terakhir kita mendengar nama Suzuki Katana? Beberapa hari yang lalu, Suzuki Malaysia menerusi laman Facebook mereka telah mengumumkan kedatangan Katana – motosikal moden klasik – di Malaysia! Persoalannya, adakah ini bermakna Katana akan dijual…
Harga bagi model Suzuki Katana 2019 telah didedahkan di UK. Model Katana yang asal telah merevolusikan reka bentuk motosikal. Persoalannya, bilakah ia akan tiba di Malaysia?
Bekas penunggang MotoGP, Nobuatsu Aoki, telah menunggang sebuah motosikal Suzuki Katana yang baharu dalam video di bawah. Ini adalah video penuh pertama motosikal berkenaan sejak video usikannya sebelum ini. Kami masih lagi menunggu berita mengenai bila ianya akan diperkenalkan dan harganya apabila model ini tiba di Malaysia.
Suzuki telah memperkenalkan motosikal Suzuki Katana 2019 di pertunjukan motosikal Intermot. Motosikal baharu ini menggabungkan elemen klasik model asal dengan idea yang baharu. Enjinnya adalah berdasarkan kepada model GSX-S1000F dan menghasilkan 147p.
Motosikal Suzuki Katana baharu telah diperkenalkan dalam video usikan yang keempat dan yang terakhir. Nampaknya Suzuki telah mendapat pengajaran dari model Katana yang lebih kemudian dan telah kembali kepada rekaan asal motosikal tersebut. Motosikal ini akan dilancarkan secara rasmi sewaktu acara Intermot yang akan bermula pada 2 Oktober akan datang.
Suzuki telah mendedahkan motosikal konsep Katana yang baharu sewaktu acara pertunjukan motosikal EICMA 2017. Kini, pengeluar tersebut telah memuatnaik satu video usikan. Motosikal Suzuki Katana baharu dijadual akan diperkenalkan sewaktu Intermot pada 2 Oktober.
Nama Suzuki Katana telah difailkan dibawah satu lagi permohonan di United States Patent and Trademark Office (USPTO). Ini menunjukkan yang pengeluar dari Jepun tersebut sedang bersungguh-sungguh dalam merancang kemunculan semula motosikal bagi abad ke-21. Kita mungkin perlu menunggu buat seketika memandangkan masih banyak lagi berita yang berkisarkan pelancaran generasi seterusnya Suzuki Hayabusa.
Black is beautiful and it shows on this 1986 Suzuki Katana 1135R tuned in Japan by Yoshimura.