Motosikal Suter MMX 500 adalah jentera perlumbaan dua lejang, V-Four yang telah dibina antara tahun 2017 hingga 2018. Ianya sebuah motosikal lumba dua lejang sejati, yang direka dari mula. Syarikat berkenaan telah membina hanya 99 buah MMX 500.
Category: Suter
Jentera raksasa dua lejang, Suter MMX500 akan kembali ke pertandingan Isle of Man TT 2018. Dijana oleh enjin dua V4 lejang 580cc, motosikal MMX500 ini menghasilkan 195hp dengan berat hanya 125kg. Ian Lougher sekali lagi akan mengemudi satu-satunya motosikal dua lejang dalam kategori Senior TT, bersaing dengan jentera empat lejang yang lain.
Pengeluar casis dari Switzerland, Suter, telah memutuskan untuk mengundurkan diri dari kejohanan dunia Moto2 2018. Daripada 24 buah pasukan yang ada di atas grid, hanya satu sahaja yang akan menggunakan casis mereka untuk musim yang akan datang iaitu Dynavolt Intact Team. Suter akan berehat dari pertandingan bagi menumpukan perhatian pada pembinaan casis generasi yang berikutnya…
Motosikal Suter kini sudah tersedia unuk jualan di Amerika Utara dengan kerjasama yang baru dimeterai dengan Arch Motorcycles. Pelbagai pilihan motosikal lumba Suter boleh dibeli oleh orang ramai tidak termasuk jentera perlumbaan Suter MMX 500 MotoGP, MMX1 MotoGP, MMX2 Moto2, dan juga MMX3 Moto3. Arch Motorcycles juga akan mendapat manfaat yang hebat dari…