Royal Enfield Baru sahaja mempratontonkan tawaran terkini mereka untuk tahun hadapan dalam bentuk sebuah motosikal kembara, Royal Enfield Himalayan 2018. Motosikal kembara tahap mulaan ini dilengkapi dengan sebuah enjin 411cc satu silinder yang menghasilkan 24.5hp dan 32Nm tork. Motosikal Royal Enfield 2018 ini dijangkakan tiba di bilik pameran seluruh dunia sekitar bulan Jun…
Category: Royal Enfield
Pada 19 November 2017, 58 orang anggota pasukan Kor Pertunjukan Tentera India telah memecahkan rekod dunia bagi jumlah orang paling ramai di atas sebuah motosikal. Rekod ini telah dicapai di Pangkalan Udara Bangalore Yelahanka di mana mereka telah menggunakan sebuah motosikal Royal Enfield 500cc yang telah diubah suai. Dikenali sebagai “The Tornadoes”, pasukan ini…
Motosikal serta enjin dwi silinder dari Royal Enfield telah dijadualkan untuk membuat kemunculan sulungnya di Pertunjukan Motosikal EICMA. Spekulasi meluas telah mengatakannya mungkin sekali sebuah enjin 750cc. Ada yang percaya yang ia juga mungkin sekali melebihi 800cc.
Syarikat pengeluar motosikal India, Royal Enfield diwar-warkan telah dirisik sebagai salah satu syarikat untuk mengambil alih Ducati. Semenjak skandal emisi diesel Volkswagen pada tahun 2015. syarikat itu telah mengupah Evercore untuk mencari pembeli yang berpotensi untuk pengeluar motosikal gergasi merah itu. Harga jualan syarikat itu itu boleh mencecah lebih daripada €1.5 billion (kira-kira RM7.1 Billion).