Mugen, syarikat pengubahsuai popular untuk mesin-mesin dari Honda kini mempersembahkan motosikal elektrik yang cukup menawan hati, perasaan dan jiwa peminat-peminat permotoran seluruh dunia iaitu Shinden Go. Dulu, motosikal elektrik selalu dikaitkan dengan sesuatu yang agak lemah, tetapi kini Mugen mengubahnya menjadi satu motosikal yang berkuasa.