Motosikal AJP PR7 adalah model dirtbike sedia rali terkini keluaran pakar dari Portugal berkenaan. Ia tampak ringkas namun sebenarnya berspesifikasi tinggi. Motosikal PR7 ini adalah sebuah jentera satu silinder 600cc.
Category: Motosikal Kembara
Sewaktu EICMA 2018, Honda Europe telah memperagakan model Honda CB125X Concept, sebuah motosikal kembara berkapasiti kecil generasi seterusnya. Motosikal Honda CB125X Concept menampilkan rupa bentuk yang amat kemas dengan suntikan besar pengembaraan, rupa bentuk agresif, dan kedinamikan. Cirinya yang paling menonjol selain daripada reka bentuk keseluruhannya adalah ekzos SC-Project dan lampu hadapan ganda tiga.
Lapan orang ahli kelab komuniti motosikal “Kawasaki Versys-X 250 Community” (VEXCOM) telah memulakan perjalanan menuju ke Selatan Thailand. Perjalanan ini telah dianjurkan bagi mempamerkan kebolehan ‘off-road’ motosikal tahap permulaan Kawasaki tersebut. Perjalanan satu minggu itu juga bertujuan untuk menarik minat lebih ramai penunggang, penggemar, dan juga orang ramai untuk memiliki jentera mereka sendiri dan menyertai…
Moto Guzzi secara rasminya telah melancarkan model V85 TT di pertunjukan motosikal Intermot. Motosikal ini menggunakan enjin 850cc yang baharu. Moto Guzzi juga turut memperkenalkan motosikal ini dalam kemasan warna yang baharu.
Model Moto Guzzi V85 TT akan menggantikan model Stelvio 1200 yang dibatalkan pengeluarannya. Gambar-gambar versi yang akan dikilangkan ini menonjolkan kebolehan ‘off-road’nya itu. Motosikal V85 TT versi pengeluaran pasti akan membuat kemunculan sewaktu pertunjukan EICMA pada bulan November akan datang.
KTM India telah mengesahkan bahawa model KTM 390 Adventure 2019 yang baharu akan sedia untuk dikilangkan pada tahun hadapan. Motosikal kembara tahap permulaan yang baharu itu akan berkongsi platform yang sama seperti model 390 Duke dan RC390. Model 390 Adventure yang baharu ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi pada penghujung tahun ini sewaktu EICMA 2018.