Moto Guzzi Malaysia telah menjemput para pemilik Guzzi ke satu perjumpaan akhir tahun. Ianya merupakan sebuah platform untuk mendapat maklum balas dari pemilik baru dan juga yang sedia ada. Jabatan Selepas Jualan Moto Guzzi Malaysia juga turut hadir bagi membantu dalam perkara yang berkaitan teknikal.
Category: Moto Guzzi
Motosikal Moto Guzzi V9 Roamer dan V7 III Stone melengkapkan lagi rangkaian motosikal Guzzi. Moto Guzzi mengelaskan V9 Roamer sebagai sebuah motosikal buatan khas, dengan rekaan yang mengimbau kembali motosikal tahun 70-an. Motosikal V7 III Stone menjadi asas bagi pengkhususan.
Enjin motosikal adalah jiwa sesebuah motosikal. Tidak semua enjin tampak serupa dan ada segelintir daripadanya yang amat cantik sekali. Ianya bukan sahaja sebagai pelengkap motosikal legenda, tetapi, sering kali menjadi punca motosikal yang dirumahi itu berstatus legenda.
Moto Guzzi telah menganjurkan Moto Guzzi Sunday Ride pada hujung minggu yang lalu. Tunggangan Moto Guzzi yang pertama dianjurkan secara rasmi oleh Moto Guzzi Malaysia. Tunggangan ini menuju ke Gohtong Raya dan Bentong.
Didi Resources (Moto Guzzi Malaysia) telah melancarkan Moto Guzzi Flagship Centre yang terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya. 3S Centre yang baru ini akan menempatkan bilik pameran pengeluar berkenaan serta memberikan perkhidmatan selepas jualan terbaik buat para pemilik motosikal Moto Guzzi. Moto Guzzi V7 III Anniversario 2017 yang terbaru turut dilancarkan bersempena dengan…
Moto Guzzi Malaysia akhirnya telah memperkenalkan motosikal terkini mereka iaitu Moto Guzzi V9 Bobber 2017 bersempena dengan acara tahunan antarabangsa yang akan kunjung tiba, Moto Guzzi Open House di Mandello Del Lario, Itali. Motosikal V9 Bobber terbaru ini dijana oleh enjinV-berkembar melintang 90-darjah, 850cc yang patuh Euro4 yang menghasilkan 55hp dan 62Nm tork.Ianya dinilai…
Moto Guzzi V7 III Stone, V7 III Racer dan V9 Roamer telah dilancarkan pada hari Sabtu yang lalu di Moto Guzzi 3S Centre yang akan memulakan operasinya pada Ogos 2017. Pengenalan motosikal terbaru ini disusuli dengan pengumuman Didi Resources Sdn Bhd sebagai pembekal dan pengedar rasmi di Malaysia. Moto Guzzi 3S Centre baru yang…