Kita sudah sedia maklum bahawa model Lightning LS-218 adalah motosikal jalan raya terpantas pada ketika ini. Namun, berapa pantaskah dapat ia mencecah kelajuan tertingginya? Saksikan video ini di mana Lightning Motorcycles telah menguji sebuah LS-218 pada sebuah dyno.
Category: LS-218
Motosikal elektrik Lightning LS-218 merupakan motosikal pengeluaran terpantas dunia. Ia telah mencecah kelajuan 351km/j di Bonneville Speedweek pada tahun 2010. Ia juga telah berjaya mencatat masa pusingan 20 saat lebih pantas di hadapan Ducati Multistrada 1200 di Pikes Peak International Hill Climb pada tahun 2013.