Sempena sambutan Tahun Baru Cina 2019, Naza Group akan menawarkan pelbagai tawaran dan pakej menarik bagi semua jenama automotif dibawah jagaan mereka di Malaysia dari Kia, Peugeot, Citroen, DS Automobiles ke jenama motosikal terkemuka iaitu Vespa, Indian Motorcycle dan Ducati. Mulai 5 Februari 2019, kunjungi Naza Automall, Petaling Jaya dimana para pelanggan boleh mencuba nasib…
Category: Peugeot
Anugerah Malaysia Car of the Year 2018 (COTY 2018) yang dianjurkan oleh Institut Automotif, Robotik & IoT Malaysia (MARII) sebentar tadi telah menobatkan Peugeot 3008 1.6 Active sebagai pemenang anugerah utama.
Pengedar rasmi kenderaan Peugeot di Malaysia iaitu Nasim Sdn Bhd baru sahaja melancarkan model terkini mereka iaitu Peugeot 308 THP. Pelancaran ini telah diadakan sempena pameran Peugeot Motion & Emotion Roadshow yang kini berlangsung di pusat membeli belah 1 Utama, Damansara sehingga 28 Oktober 2018.
Motosikal konsep Peugeot P2X Roadster dan Café Racer telah diperkenalkan di acara Paris Motorshow baru-baru ini. Rangkaian P2X terdiri daripada motosikal roadster 125cc dan café racer 300cc. Skuter jenama Peugeot kini telah berada di 60 buah negara di seluruh dunia.
Nasim Sdn Bhd (Peugeot Malaysia) telah mengumumkan harga baharu bagi model-model tawaran mereka di pasaran Malaysia yang kini telah dikemaskinikan dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan SST. Cukai SST sebanyak 10% ini telah pun bermula pada awal bulan September 2018.