Model Kawasaki W800 2019 telah diperkenalkan di acara EICMA 2018. Kawasaki mendakwa bahawa motosikal ini adalah 90% baharu. Ia akan ditawarkan dalam varian Street dan Café.
Category: W800
Sebuah majalah permotosikalan terkenal di Jepun telah mengeluarkan satu lakaran imej yang didakwa merupakan gambaran sebuah motosikal retro Kawasaki Z900RS. Motosikal retro yang baru dari Kawasaki itu dikhabarkan akan dijana oleh enjin yang sama yang boleh didapati pada motosikal Kawasaki Z900 ABS dengan penggayaan berilhamkan motosikal legenda Kawasaki Z1. Satu-satunya motosikal retro yang…
Memandangkan Kawasaki W800 akan dihentikan pengeluarannya pada satu masa nanti dalam 2016, Kawasaki membawakan satu grafik baru kepada W800 ini yang lebih retro dengan tona warna yang sesuai dengan era 60-70an. Sekali pandang, W800 kelihatan seperti motosikal lama tetapi sebenarnya dilengkapi dengan teknologi terkini yang memberikan lebih ketahanan dan kurang penyelengaraan.