Encik Che Asmani Che Kub dari Kelantan telah menang sebuah Kawasaki H2 dalam cabutan bertuah hadiah utama Kawasaki sempena Hari Malaysia 2016. Encik Asmani berjaya memenangi superbike tersebut setelah membeli sebuah Z800 beberapa bulan yang lepas.
Category: Kawasaki
Kawasaki Motors Malaysia sedang menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya bagi tahun 2017. Kempen yang bertema “Jelas Dilihat, Selamat Tunggangan”. Kempen ini sedang berlangsung di tempat letak kereta Plaza Tol Sungai Besi (arah Selatan) yang bermula pada jam 8.30 pagi tadi. Kempen ini akan berlangsung sehingga pukul 5 petang hari ini.
Terdapat ura-ura dari Sinar Turbo bahawa jentera Kawasaki Z900 ini akan dibawa masuk ke Malaysia sebagai pesaing dalam kategori 900cc seperti jentera dari Yamaha MT-09. Kawasaki Z900 akan menggantikan model Z800 sedia ada dan diharapkan harga Z900 ini adalah dalam lingkungan harga terjangkau seperti awalnya kemunculan Z800 iaitu pada harga bawah RM50k (RM47,989 asas).
Kawasaki hadir dengan edisi khas Kawasaki Z125 Pro warna biru plasma gula-gula (Candy Plasma Blue) / hitam percikan metalik (Metallic Spark Black). Rim sukan pada edisi ini berwarna emas bersekali dengan sentuhan warna emas juga pada suspensi terbalik hadapan. Jentera 125cc genit ini telah diperkenalkan di Malaysia pada 8 Disember 2015, iaitu pada tahun lepas. Harganya untuk…
Saat pengeluar lain sibuk menyiapkan jentera ‘sport’ dalam kategori 250cc, Kawasaki bertindak dengan cara yang berbeza dengan terus mempersembahkan jentera 250cc dalam kategori kembara (tourer). Hasilnya adalah 2017 Kawasaki Versys-X 250 City / Versys-X 250 Tourer. Kawasaki Versys-X 250 merupakan jentera yang baru sahaja diperkenalkan pada awal November ini, dan nampaknya Kawasaki Indonesia tidak menunggu lama…
Setelah beberapa lama saya membaca mengenai ura-ura kewujudan Versys dengan kapasiti enjin 250cc, saya tidak terfikir Kawasaki perlu mengeluarkan model ini kerana Kawasaki sudah ada banyak pilihan jentera 250cc dalam pelbagai kategori. Lihat sahaja Ninja 250, Z250, Ninja 250SL, Z250SL dan KLX250. Namun, jangkaan saya meleset kerana Kawasaki ingin menguasai pasaran 250cc ini dengan adanya…
Kawasaki meneruskan usaha mereka untuk memikat hati pengguna jentera roda dua di seluruh dunia dengan mengemaskini model-model popular mereka dan kali ini, mari kita lihat pula pada jentera dari siri Z iaitu Kawasaki Z650.
Kawasaki ER-6f merupakan model reraup penuh yang berasaskan dari model jalanan ER-6n dan kedua-duanya menjadi jentera popular di Malaysia dalam kategori 600cc. Kini, Kawasaki menyediakan Ninja 650 (ER-6f pada pasaran lain) sebagai jentera hasil naik taraf dari asas ER-6f, namun hasilnya sangat berbeza dengan ER-6f sebelum ini kerana rekaannya sungguh radikal.
Kawasaki akan menerima jentera naik taraf Z800 pada November ini di Milan dengan hadirnya Z900. Kawasaki Z900 merupakan jentera yang dikuasakan dengan enjin 948cc yang mampu menjana 125.4PS yang semestinya sudah cukup untuk jentera seberat 210.5kg (atau 208.5 tanpa ABS). Pengenalan Z900 adalah sesuatu yang mengujakan kerana siri Z dari Kawasaki biasanya hadir dengan tanda…