Honda Japan akan menyewa jual skuter Honda PCX Electric kepada korporasi dan pemilik persendirian di Jepun. Mereka juga menyasarkan untuk menyewa jual skuter berkenaan di seluruh rantau Asia Tenggara. Skuter PCX Electric menggunakan dua bateri yang boleh ditanggalkan.
Category: PCX
Boon Siew Honda telah melancarkan model Honda PCX Hybrid 2019, Honda Forza 300 2019, dan Honda CBR1000RR Fireblade 2019. Pelancaran ini diadakan di Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS) 2018. Motosikal-motosikal ini adalah sebahagian daripada janji BSH untuk memperkenalkan 12 model baharu pada tahun 2018.
Boon Siew Honda telah melancarkan skuter Honda PCX 2018. Model terkini menerapkan pelbagai ciri-ciri yang baharu. Honda PCX 2018 telah ditetapkan pada harga RM10,999. dengan 0% GST, tidak termasuk cukai jalan, insurans, dan pendaftaran.
Skuter Honda PCX150 2018 yang diperkemaskini telah diperkenalkan untuk pasaran Amerika Syarikat. Kemas kininya termasuklah rekabentuk serba baru, casis, bahagian enjin, transmisi, suspensi dan bermacam-macam lagi. Skuter PCX150 yang baru ini telah ditetapkan harganya bagi pasaran Amerika Syarikat pada harga $3,699 (RM14,341) dan $3,999 (RM15,504) bagi versi ABS.
Honda telah memperkenalkan motosikal PCX Electric dan PCX Hybrid di Pertunjukan Motor Tokyo 2017 kali ke-45. Kedua-dua buah motosikal ini dijangka akan mula dijual di rantau Asia bermula tahun 2018. Honda bekerja keras bagi menepati tarikh akhir yang ditetapkan oleh sesetengaha negara yang ingin ke arah kenderaan elektrik.
Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) hari ini telah melancarkan NSS300 premium serba barunya skuter saiz pertengahan dan Honda PCX “Smart in Blue” yang dikemaskini dalam kategori skuter keupayaan tinggi sebagai jentera mewah, komuter harian tunggangan mudah yang mencampurkan prestasi tangkas dengan ciri-ciri menarik. Kedua-dua model bertujuan untuk memberi pengalaman menunggang premium terbaik kepada semua…