Salah sebuah penambahan baru yang paling mengujakan dalam pasaran motosikal semasa telah mula ditawarkan lewat minggu lalu adalah segmen motosikal gaya hidup Boon Siew Honda. Terdiri daripada motosikal ria mini Honda MSX125 serta motosikal cruiser terbaru dari Honda, Rebel 500, motosikal-motosikal ini adalah tawaran yang hebat dalam kancah gaya hidup moden semasa. Dinilaikan…
Category: MSX125
Boon Siew Honda (BSH) mengemaskini jentera MSX125 yang genit untuk menarik minat lebih ramai pengguna. Kali ini, BSH mempertaruhkan warna yang segar termasuk warna merah jambu ini yang sangat sesuai dipadankan dengan tudung dari Instagram (untuk perempuan la ye).
Honda Monkey 125 Concept telah diperkenalkan pada minggu lalu di Vietnam Motor Show 2017 di Bandaraya Ho Chi Minh. Berdasarkan pada gambar-gambarnya, motosikal ini diasaskan daripada Honda MSX 125 terkini ataupun Honda Grom. Motosikal Monkey 125 ini tampak agak serupa dengan satu paten yang telah difailkan oleh Honda dalam bulan September tahun lalu.
Boon Siew Honda (BSH) nampaknya terus agresif dalam memperkenalkan jentera-jentera baru yang menarik. Kali ini, BSH membawakan kepada rakyat Malaysia jentera genit yang comel iaitu Honda MSX 125 yang mana dikenali juga sebagai Honda Grom di negara lain. Honda MSX 125 ini hadir dengan enjin satu silinder 125cc 4-lejang yang mampu memberikan kuasa maksima pada 7.2kW (9.65bhp)…
Honda sedang menyiapkan motosikal ‘streetfighter’ mini; MSX 125, berkapasiti 125cc untuk pasaran Eropah, Australia dan juga US. Honda MSX 125 juga dikenali sebagai Honda Grom di beberapa negara. Kali ini, Honda MSX 125 menerima perubahan kosmetik yang agak banyak dengan rekabentuk yang lebih tipis dan warna yang lebih terang.