Bridgestone Corporation kini mengumumkan kepada dunia bahawa mereka telah menghasilkan tayar basikal generasi hadapan sebagai satu usaha untuk memajukan teknologi ‘Air Free Concept‘ iaitu teknologi tayar tanpa angin. Ini akan membolehkan pihak Bridgestone untuk mengkaji penggunaan tayar ini dalam keadaan sebenar dan akhirnya diharapkan tayar ini dapat menemui pengguna pada 2019 nanti.