Membina motosikal buatan khas tidak semesti bermakna anda seharusnya ‘membogelkan’ motosikal kesayangan anda. Konsep ini telah didemonstrasi di sini oleh binaan BikeBiz ini, BMW R nineT Sun Kist. Satu pilihan yang menarik buat para pemilik BMW R nineT dan R NineT Racer.
Category: R nineT Racer
BMW Motorrad baru-baru ini telah mengumumkan bahawa keluarga Heritage R nineT mereka telah pun lengkap dengan lima buah model. Ia juga bermakna bahawa tidak akan ada tambahan yang baru dalam rangkaian R nineT. Mereka juga turut melaporkan peningkatan jualan sebanyak 7.2% bagi dua bulan pertama tahun 2018 dengan jualan 18,627 unit.
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal BMW R nineT Racer adalah motosikal cafe racer dalam rangkaian motosikal R nineT. Ianya sebuah motosikal moden retro yang bersusur-galur dari motosikal R90S. Pengendalian yang baik, enjin yang penuh dengan daya kilas, serta rupa paras yang menawan adalah tanda pengenalannya.