Jualan Isuzu D-Max baharu telah merekodkan peningkatan 100 perats sejak dilancarkan di Malaysia. Menurut Isuzu Malaysia, rata-rata 1,200 unit tempahan diterima setiap bulan bagi model generasi ketiga itu sejak dilancarkan April lalu. Trend sama ini turut dicerminkan di Australia, New Zealand dan Thailand dengan angka jualan meningkat berlipat ganda. Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Operasi…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed memaklumkan bahawa sekatan jalan raya (SJR) akan ditambah di sekitar negeri itu sempena pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula esok (3 Julai 2021). Namun, kaedah kawat berduri tidak akan diguna pakai di Selangor selepas mengambil kira faktor keluasan kawasan. Ketika ini terdapat antara 120 hingga 140 SJR dilaksanakan…
Beberapa daerah di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 3 Julai ini. Perkara itu diumumkan Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob susulan terdapat peningkatan kes positif Covid-19 di Selangor dan Kuala Lumpur. Berikut senarai pelaksanaan PKPD mengikut daerah di Selangor: Daerah Petaling – mukim Petaling,…
Menurut statistik terbaru dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), lebih 150 penghantar makanan kemalangan jalan raya dari Mac hingga Jun tahun lalu. Peningkatan sektor penghantar makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 menyumbang kepada jumlah kemalangan yang tinggi itu. Pada masa sama, Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan PERKESO, Dr Azlan Darus berkata…
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meminta Majlis Sukan Negara (MSN) untuk mencari lokasi kuarantin berhampiran dengan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk atlet sukan permotoran negara yang akan pulang ke tanah air. Baru-baru ini, Pengurus Pasukan SIC Talent ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin, meluahkan rasa kecewa apabila atlet sukan permotoran terpaksa menjalani kuarantin wajib 14 hari…
Bagi yang nak merasakan pengalaman melintas jalan seperti di Shibuya, Jepun, orang ramai boleh ke Bukit Bintang bagi melihat tempat pejalan kaki baharu disiapkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Menurut DBKL tempat pejalan kaki itu baharu itu membenarkan orang ramai melintas ke setiap arah secara serentak ketika lampu merah berbanding sebelum ini. Pertambahan tempat pejalan…
CFMoto telah pun melancarkan 800MT secara global di Beijing Motor Show 2021, baru-baru ini. Terdapat dua varian dihasilkan 800MT Sport dan 800MT Touring namun hanya varian Touring yang akan dipasarkan di Malaysia. Antara perbezaan utama adalah penggunaan rim 19″ jenis spoke serta tetapan suspension dengan jarka kelegaan yang lebih tinggi. CFMoto 800MT dikuasakan enjin parallel-twin…
Bagi meraikan kejayaan Honda di pentas sukan permotoran, CASIO dengan kerjasama Honda Racing memperkenalkan EDIFICE Honda Racing Limited Edition EQS-930HR. Ini merupakan kolaborasi kelima di antara CASIO dan Honda Racing bagi model jam EDIFICE chronograph berprestasi tinggi. Tahun 2021 merupakan ulangtahun Honda ke-60 bagi meraikan kejayaan muncul juara di Pusingan 2 GP 250cc di Jerman…
Kerajaan negeri Pulau Pinang bakal membangunkan litar lumba antarabangsa bersebelahan Stadium Batu Kawan. Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Jawatankuasa Belia Dan Sukan Pulau Pinang, Soo Lip Chee yang mendedahkan 2.8 hektar tanah telah pun dikenal pasti sebagai lokasi pembinaan. Menurut Soo, kerajaan negeri bercadang untuk mewujudkan litar lumba yang kondusif dalam usaha melahirkan lebih ramai bakat…