150 Penghantar Makanan Kemalangan Antara Mac Hingga Jun 2020 – PERKESO

Menurut statistik terbaru dari Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), lebih 150 penghantar makanan kemalangan jalan raya dari Mac hingga Jun tahun lalu.

Peningkatan sektor penghantar makanan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pandemik Covid-19 menyumbang kepada jumlah kemalangan yang tinggi itu.

Pada masa sama, Ketua Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan PERKESO, Dr Azlan Darus berkata angka itu akan terus meningkat menjelang hujung tahun ini.

“Atas faktor inilah, isu pekerjaan yang berkaitan dengan keselamatan adalah penting untuk ditangani dari aspek perlindungan dan pencegahan,” jelasnya ketika sesi persidangan Keselamatan Jalan Raya Berkaitan Kerja bersama Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Sementara itu, kes kemalangan sewaktu ulang alik ke tempat kerja meningkat 83 peratus dari 20,810 kes pada 2009 kepada 38,142 kes pada 2019.

Berdasarkan kajian PERKESO, 55 peratus kemalangan tersebut berlaku dalam radius 5 kilometer dari rumah ke tempat kerja. – BH

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.