Di acara Japan Mobility Show, Nissan Motor Co. Ltd. telah mendedahkan penciptaan revolusioner – Nissan Hyper Force. Pendedahan ini menandakan puncak kepada siri kenderaan konsep “hyper” dan ia berjanji untuk memberikan gabungan prestasi yang memukau, kelestarian alam yang luar biasa, dan keselesaan pemanduan harian yang tiada tandingan. Kuasa dan Prestasi ElektrikDi bawah reka bentuk licin…
Category: BERITA TEMPATAN
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Royal Alloy dengan rasminya melancarkan tiga model baharu untuk pasaran tempatan menerusi GP125, GP180 dan GP250 Youth Edition. Edisi istimewa ini menyaksikan tiga model ini tampil dengan ciri menonjol dan unik bagi selaras dengan selera anak muda masa kini. Ciri paling mencuri tumpuan terarah kepada panel badan sisi yang menampilkan elemen telus (transparent) sekaligus menampakkan…
GIVI Malaysia dengan rasminya memperkenalkan helmet terbaru, GIVI M33.0 Aria untuk pasaran tempatan. Menurut GIVI Malaysia, M33.0 Aria merupakan helmet untuk kegunaan harian terbaru yang ditawarkan untuk penunggang motosikal di Malaysia. Ini kerana helmet baharu ini cukup ringan (hanya 1,220g) sekaligus sesuai untuk diguna pakai setiap hari. Selain itu, M33.0 Aria ini juga mencapai standard…
Harapan peminat sukan permotoran tempatan untuk menyaksikan pelumba negara beraksi di Kejuaraan Dunia MotoGP bakal menjadi kenyataan menerusi Azroy Hakeem dan Helmi Azman. Memetik laporan media sukan permotoran tempatan Two Wheels, Azroy dan Helmi dikatakan akan mendapat tiket wildcard bagi saingan Moto2 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bersama pasukan Petronas MIE Racing. Bagaimanapun, buat masa…
Pasukan penguatkuasa Unit Taktikal dan Serbuan di bawah Seksyen Siasatan dan Serbuan, Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) telah berjaya merampas lebih 4,000 unit produk tiruan yang menggunakan jenama GIVI dalam satu serbuan di sebuah premis di Puchong, Selangor. Hasil risikan dan pemantaun selama tiga bulan itu dengan kerjasama GIVI Malaysia menyaksikan premis…
MForce Bike Holdings memulakan langkah sulung dalam segmen skuter elektrik tempatan dengan memperkenalkan Yadea E8S Pro. Skuter elektrik tersebut yang sebelum ini telah pun dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, Mei lalu, merupakan antara usaha MForce dalam mendukung inisiatif Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik yang telah diumumkan kepada dalam Belanjawan 2024 sebelum ini. Menurut MForce, Yadea…
BMW Motorrad telah pun memperkenalkan BMW R 1300 GS serba baharu untuk pasaran global yang tampil bukan sahaja dengan reka bentuk serba baharu malah dengan enjin serba baharu. Pelancaran model berkenaan juga mencuri perhatian kerana datang dengan rekaan lampu depan yang berlainan berbanding R 1250 GS sebelum ini. Baru-baru ini, motosikal ‘adventure’ itu kembali menjadi…
Pengeluar motosikal tempatan, Aveta bakal melancarkan Aveta Ranger Max untuk pasaran tempatan tidak lama lagi berdasarkan perkongsian terbaru di laman sosial Facebook. Meskipun info terperinci belum didedahkan namun motosikal tersebut telah pun dipertontonkan kepada umum ketika di Malaysia Autoshow 2023, Mei lalu. Ketika itu, kami difahamkan bahawa Ranger Max 130 dikuasakan enjin satu silinder 130cc…
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan pengasas bersama sebuah syarikat penerbangan tempatan berpangkat Datuk, pada Selasa. Lelaki berusia 57 tahun itu telah ditahan bersama isteri, 55 dan anak lelaki, 26 tahun di kediaman mereka di Shah Alam. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, ketiga-tiga individu berkenaan ditahan…