Selepas memperkenalkan Harley-Davidson X300 bulan lalu, Harley-Davidson dengan kerjasama QJ Motor telah melancarkan Harley-Davidson X500 di pasaran China dengan harga jualan CNY44,388 (RM28.5k). Menurut Harley-Davidson, X500 itu datang dengan tiga pilihan warna; Vibrant Orange, Bright Silver dan Dazzling Black. Kerjasama dengan QJ Motor menyaksikan Harley-Davidson X500 dikuasakan enjin sama yang terdapat pada Benelli Leoncino 500,…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Motosikal jenis naked terbaru keluaran Honda, CB750 Hornet telah pun memasuki pasaran negara jiran, Thailand. Datang dengan dua pilihan warna; Graphite Black dan Pearl Glare White, Honda CB750 Hornet ini ditawarkan pada harga THB319,000 (RM41.2k). Honda Hornet 750 dihidupkan enjin parallel-twin 755cc 8-valve dengan penyejukan cecair dan menampilkan sistem Unicam serta ‘270-degree crank’. Menariknya, bahagian…
Pengeluar motosikal China, Lifan telah menaik taraf skuter ‘adventure’ Lifan KPV150 Pro untuk pasaran negara itu. Bagi tahun 2023, Lifan KPV150 Pro dinaik taraf dengan rekaan badan baharu termasuk lampu hadapan yang lebih segar dan sporty. Lifan juga menaik taraf enjin daripada SOHC kepada DOHC sekaligus menyaksikan enjin 150cc itu kini menawarkan 16.4hp dan 14.7Nm…
Kawasaki akan menaik taraf model retro Z650RS dengan fungsi Kawasaki Traction Control (KTRC) bagi model keluaran 2024. Naik taraf itu dilaksana bagi memastikan barisan model Kawasaki kekal selamat dan berteknologi tinggi bagi tahun akan datang. KTRC bukanlah sistem baharu dan merupakan fungsi standard yang ada pada barisan model Kawasaki termasuk Ninja 650 dan Z650. Susulan…
Seorang individu telah merekodkan pembelian nombor plat paling mahal didunia apabila membeli nombor plat P7 dengan harga AED55 juta (RM66.16 juta). Memetik laporan Piston.my, pembeli tersebut (identiti tidak didedahkan) membuat pembelian nombor plat tersebut di Emirates Auction LLC pada Sabtu. Difahamkan, wang pembelian nombor plat tersebut akan disalurkan kepada badan kebajikan milik Pemerintah Dubai, Sheikh…
Yamaha telah mengemas kini skuter popular, Yamaha Aerox 155 bagi tahun 2023 di pasaran India. Lebih dikenali sebagai Yamaha NVX 155 di Malaysia, skuter bersesaran 155cc itu telah dinaik taraf dengan sistem ‘traction control’ (TCS). Aerox 155 merupakan skuter 155cc kedua selepas Augur 155 yang menerima kelengkapan elektronik baharu itu. Untuk rekod, TCS mempertingkatkan prestasi…
Baru-baru ini, Harley-Davidson telah pun memperkenalkan model X350 hasil kerjasama dengan pengeluar motosikal China, QJ Motor. Kemunculan model itu telah pun dijangka berdasarkan beberapa paten dan dokumen pensijilan yang difailkan di China dan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, Harley-Davidson tidak berhenti disitu kerana pengeluar motosikal dari Milwaukee itu turut mendedahkan model 400cc serba baharu hasil kerjasama dengan…
Indonesia menjadi negara kedua Asia Tenggara untuk menyambut ketibaan model ‘sportsbike’ terbaru Kawasaki, Ninja ZX-4R, selepas Thailand. Menurut laporan, hanya varian tertinggi, Ninja ZX-4RR dijual di pasaran negara itu dengan harga jualan rasmi INR239.9 juta (RM70k). Sementara itu, hanya 40 unit sahaja diperkenalkan. Bagaimanapun, tanda harga tersebut pastinya mencuri tumpuan ekoran dua kali ganda lebih…
Perlumbaan pembuka tirai Kejuaraan Dunia MotoGP musim 2023 menyaksikan pelumba Ducati, Francesco Bagnaia cemerlang untuk merekodkan kemenangan pertama musim ini. Juara dunia MotoGP musim lalu itu menampilkan aksi konsisten untuk menang pusingan pertama diikuti Maverick Vinales (Aprilia) kedua dan Marco Bezzecchi (VR46) ketiga. Bagaimanapun, aksi pembukaan kali ini terpalit dengan insiden kontroversi membabitkan lapan kali…