Januari lalu, Benelli telah pun memfailkan paten enjin terbaru yang merujuk kepada platform parallel-twin 799cc yang akan menggerakan model TNT akan datang. Rupa bentuk enjin tersebut juga tampak seiras dengan enjin KTM LC8. Dalam perkembangan terbaru, syarikat motosikal China, Qianjiang – yang juga pemilik kepada Benelli – telah memfailkan paten enjin kedua tahun ini yang…
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Harley-Davidson julung kalinya memperkenalkan motosikal ‘entry-level’ dengan sistem penyejuk air selepas kali terakhir melakukannya pada 65 tahun dulu. Mengembalikan semula nama Nightster, model baharu itu meneruskan DNA Harley-Davidson dengan penampilan klasik namun dilengkapi dengan beberapa ciri elektronik terkini. Namun, tumpuan utama terarah kepada bahagian enjin, yang menempatkan platform 975cc serba baharu yang dibangunkan daripada platform…
Vespa dengan rasminya memperkenalkan skuter edisi terhad hasil kerjasama dengan selebriti terkenal, Justin Bieber. Jenama skuter Itali itu mengumumkan tahun lalu bahawa Bieber menjadi nama terbaru untuk berkerjasama dengan Vespa dalam menghasilkan sebuah skuter khas. Vespa sebelum ini turut pernah berkolaborasi dengan beberapa jenama dan personaliti terkenal antaranya, Giorgio Armani, Christian Dior dan Sean Wotherspoon….
Enea Bastianini menampilkan aksi cemerlang di GP Amerika apabila berjaya mengungguli pusingan kelima MotoGP, pada Ahad. Pelumba Gresini Racing itu juga muncul pemenang berganda pertama musim ini selepas mendominasi GP Qatar, Mac lalu. Keputusan itu juga menyaksikan Bastianini kembali mendahului kejuaraan dengan 61 mata, diikuti Alex Rins (56 mata) dan Aleix Espargaro (50 mata). Bastianini…
Syarikat automotif Perancis, Peugeot sedia mengorak langkah sulung dalam segmen skuter adventure dengan memperkenalkan model serba baharu yang bakal menyaingi Honda ADV350. Seperti ADV350 dan Kymco DT X360, skuter ADV Peugeot itu juga menawarkan ciri praktikal yang sama namun dengan kemampuan off-road. Seperti Honda ADV350 yang berkongsi platform sama dengan Forza 350, Peugeot pula bangunkan…
Repsol Honda mengesahkan bahawa Marc Marquez akan kembali bersaing hujung minggu ini di GP Amerika. Juara dunia lapan kali itu telah pun terlepas dua pusingan sebelum ini sejak mengalami kecederaan serius sewaktu sesi pemanas badan di Litar Mandalika, Mac lalu. Marquez turut terlepas saingan GP Argentina apabila disahkan mengalami diplopia (pandangan berganda) kali kedua. Bagaimanapun,…
Susulan masalah logistik, Kejuaraan Dunia FIM MotoGP terpasa mengubah jadual GP Argentina yang sepatutnya bermula dengan sesi ujian bebas pada Jumaat kepada hari Sabtu. Lima penerbangan kargo yang membawa kesemua kategori kejuaraan gagal tiba di Termas d Rio Hondo, Argentina pada masa ditetapkan dan hanya akan sampai pada Jumaat. Ini sekaligus memaksa pihak penganjur untuk…
Tahun lalu, BMW Motorrad telah dikesan menjalankan ujian terhadap beberapa model prototaip yang didakwa sebagai R 1300 GS. Prototaip tersebut dirakan menjalani ujian di fasiliti khas BMW Enduro Park yang merupakan medan sesuai bagi sebuah motosikal ADV. Bagaimanapun, berdasarkan gambar yang dikongsikan, jelas model prototaip itu masih lagi berada dalam peringkat awal ujian dan tidak…
Beberapa tahun ini, anak syarikat Qianjiang Motorcycle, QJMotor telah pun memperkenalkan beberapa model baharu yang dijangka akan turut dibawa sebagai Benelli di pasaran lan. Perkongsian ‘teaser’ terbaru dari Benelli juga mengesahkan perkara itu apabila mendedahkan Tornado 650 dan 550 serta TNT 550. Menurut laporan, gambar ilustrasi model itu datang dari pihak Benelli sendiri. QJMotor dan…