Penunggang bagi pasukan Monster Yamaha, Maverick Viñales, merupakan penunggang terpantas pada Hari ke-2 Ujian Pra Musim MotoGP 2019 Sepang. Dia berjaya mencatat masa 1 minit 58.897 saat, 0.067 saat di belakang rekod masa terpantas Ujian Pra Musim. Marc Marquez jatuh ke tangga ke-lapan setelah tampil terpantas pada hari pertama.
Category: BERITA ANTARABANGSA
Berita dan ulasan pandu uji Kereta dari Malaysia, berita tempatan dan antarabangsa
Kita sudah sedia maklum bahawa model Lightning LS-218 adalah motosikal jalan raya terpantas pada ketika ini. Namun, berapa pantaskah dapat ia mencecah kelajuan tertingginya? Saksikan video ini di mana Lightning Motorcycles telah menguji sebuah LS-218 pada sebuah dyno.
Pasaran kenderaan di Amerika Syarikat adalah antara pasaran yang paling menarik lebih-lebih bagi dalam segmen trak pikap. Antara kriteria yang diberikan keutamaan bagi golongan ‘mat salleh’ disana adalah saiz dan juga kuasa. Dengan itu, Ford America telah melancarkan generasi terkini Ford F-Series Super Duty 2020 yang merangkumi tiga model trak pikap gergasi iaitu F-250, F-350…
Sebuah koleksi motosikal MV Agusta klasik akan dijual di Paris. Koleksi ini terdiri daripada 90 buah motosikal termasuklah prototaip, jentera lumba buatan khas, motosikal pengeluaran, skuter dan lain-lain. Ianya dijangka mencecah harga antara €3,000 hingga €250,000 setiap satu.
Pasukan Aruba.it Racing – Ducati Superbike telah melancarkan jentera Ducati Panigale V4 R WorldSBK 2019 mereka. Penunggang mereka yang sedia ada, Chaz Davies akan disertai oleh penunggang baharu dan bekas pelumba MotoGP, Alvaro Bautista. Kejohanan WorldSBK musim 2019 menandakan kali pertama Ducati mempertaruhkan jentera janaan enjin V-Four.
Team Suzuki Ecstar telah melancarkan jentera Suzuki GSX-RR 2019 bagi MotoGP musim 2019. Para penunggangnya adalah veteran pasukan Suzuki selama tiga tahun, Alex Rins dan penunggang rookie, Joan Mir. Motosikal GSX-RR 2019 telah dipertingkatkan dalam beberapa buah bahagian utama tanpa menjadkannya sebuah jentera serba baharu.
Ketua Pegawai Eksekutif Ducati, Claudio Domenicali telah mengatakan sebelum ini bahawa akan ada lebih banyak model V4 yang akan diperkenalkan. Para penggemar Ducati mengharapkan yang salah sebuah daripadanya adalah Streetfighter V4 baharu. Buat masa ini, Officine GP Design telah membina Ducati Streetfighter V4 ini.
Kami telah berpeluang untuk melihat dengan lebih dekat jentera KTM RC16 yang akan dikemudi oleh Hafizh Syahrin untuk MotoGP musim 2019. Sebahagian besar motosikal tersebut terselindung di sebalik panel badan yang tertutup kemas. Namun begitu, ada beberapa perincian yang telah berjaya mencuri perhatian kami.
FIM sedang melobi Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) untuk menyertakan acara penunggangan Trial-E. Para penunggang motosikal trial adalah atlit yang mempunyai berkebolehan yang amat tinggi bagi membolehkan mereka untuk mengatasi sebarang halangan. Jika diterima, acara Trial-E akan menjadi sukan permotoran yang pertama dalam Kejohanan Olimpik Paris 2024.