Gambar sebuah motosikal Benelli TRK 502 yang lengkap dengan warna dan kemasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah tersebar di atas talian internet. Gambar ini membuatkan sesetengah daripada mereka mempercayai yang PDRM menggunakan motosikal berkenaan. Bagaimana pun, PDRM telah menafikan yang mereka memiliki model tersebut dalam perkhidmatan mereka.
Category: TRK 502
Artikel oleh: Wahid Ooi Abdullah Motosikal Benelli TRK 502 telah dilancarkan sebagai pilihan mampu milik bagi mereka yang inginkan motosikal ‘sport-tourer‘ kelas pertengahan yang ringkas. Walaupun ia tampak ringkas, motosikal Benelli TRK 502 ini direka dengan cantik sekali lengkap dengan gaya Itali. Benelli TRK 502 ini selesa dan cekap bahanapi.