Motosikal Benelli Leoncino 500 2018 bakal tiba di bilik pameran pada bulan Februari ini. Mforce Bike Holdings telah menerima lebih daripada 1,000 buah tempahan sejak motosikal ini dilancarkan pada bulan Oktober 2017 yang lalu. Ditetapkan harganya pada RM27,999 (harga asas beserta GST), motosikal Leoncino 500 ini menghasilkan 47hp dan 45Nm tork.
Category: 402S 2018
Sebuah papan iklan berdekatan dengan plaza tol Penchala sedang mengiklankan model terkini dari Benelli termasuklah motosikal Benelli 752S 2018. Iklan tersebut juga turut memaparkan satu lagi model yang baru iaitu Benelli 402S 2018 yang mana kami jangka akan dilancarkan dalam masa terdekat. Kami jangka motosikal-motosikal 2018 ini akan dilancarkan dalam separuh pertama tahun 2018 dengan…
Pengeluar motosikal Benelli bakal melancarkan motosikal cruiser terbaru mereka, Benelli 402S 2018 pada tahun hadapan. Secara terang-terangan mengambil ilham dari motosikal power cruiser Ducati XDiavel, motosikal Benelli 402S mempunyai pelbagai persamaan dari segi rupa parasnya. Dijana oleh enjin berkembar-selari 399cc, motosikal 402S ini dikatakan mampu menghasilkan 39hp dan 35Nm tork.