2017 merupakan satu tahun yang sukar bagi kebanyakan industri, termasuklah industri motosikal. Jualan bagi motosikal 500cc ke atas bagi kebanyakan jenama agak perlahan. Diharap industri akan bangkit semula pada tahun 2018.
Category: 900cc
Gambar intipan sebuah motosikal yang kelihatan seperti sebuah Triumph Street Scrambler 1200cc telah pun tersebar di atas talian. Motosikal Street Scrambler yang baru itu dikatakan mempunyai enjin berkembar selari 1200cc yang lebih besar, mirip seperti yang digunakan pada motosikal Bobber. Ciri menarik yang lain termasuklah brek Brembo, fork terbalik Showa, penyerap hentakan belakang Ohlins, dan…
Motosikal Kawasaki Z900RS serta Z900RS Cafe 2018 bakal membuat kemunculannya pada tahun hadapan. Kedua-dua buah motosikal ini adalah motosikal moden klasik yang sejati. Kemunculannya bakal menggegarkan lagi pasaran.
Kawasaki Malaysia membawakan kepada rakyat Malaysia 4 jentera yang amat ditunggu-tunggu untuk 2017 ini iaitu Versys-X 250, Z650, Ninja 650 dan Z900. Kesemua model ini adalah model baru yang telah diperkenalkan pada EICMA, Milan, hujung 2016 lalu. 2017 Kawasaki Versys-X 250 Versys-X 250 merupakan jentera 250cc berkonsep kembara yang mengambil asas dari jentera Z250 dan…
Terdapat ura-ura dari Sinar Turbo bahawa jentera Kawasaki Z900 ini akan dibawa masuk ke Malaysia sebagai pesaing dalam kategori 900cc seperti jentera dari Yamaha MT-09. Kawasaki Z900 akan menggantikan model Z800 sedia ada dan diharapkan harga Z900 ini adalah dalam lingkungan harga terjangkau seperti awalnya kemunculan Z800 iaitu pada harga bawah RM50k (RM47,989 asas).
Jentera jalanan ini telah diperkenalkan pada Oktober 2016 di acara Intermot, Cologne dan kali ini sedia untuk dipasarkan pada tahun hadapan. Yamaha MT-09 hadir dengan enjin menumpukan kuasa pada peringkat pertengahan dengan daya kilas yang kuat dan dari itulah nama ‘MT’ terhasil, iaitu ‘Master of Torque’. Versi kemaskini untuk 2017 ini dapat dilihat pada penggunaan…
Kawasaki akan menerima jentera naik taraf Z800 pada November ini di Milan dengan hadirnya Z900. Kawasaki Z900 merupakan jentera yang dikuasakan dengan enjin 948cc yang mampu menjana 125.4PS yang semestinya sudah cukup untuk jentera seberat 210.5kg (atau 208.5 tanpa ABS). Pengenalan Z900 adalah sesuatu yang mengujakan kerana siri Z dari Kawasaki biasanya hadir dengan tanda…
Yamaha memperkenalkan satu model ikonik mereka dalam barisan ‘Sport Heritage’ iaitu Yamaha SCR950 untuk 2017. Kali pertama melihat model ini, ada terlihat sedikit aura motosikal pada tahun 60-70s dan sedikit cafe racer, tetapi Yamaha mengatakan bahawa model ini adalah dalam kategori Scrambler. Ini adalah bertepatan dengan singkatan SCR yang digunakan dalam namanya. Enjin SCR950 berkapasiti…
Tanpa disangka-sangka dan dengan khabar yang cukup minimum, HLYM kini telah melancarkan model terbaru mereka iaitu Yamaha MT-09 Tracer. Model ini dikuasakan dengan enjin 4-lejang 847cc 3-silinder dengan penyejukan cecair dan suntikan bahanapi.