Moped pertama dari Benelli untuk pasaran Malaysia, RFS150i, hadir dengan ciri-ciri yang dicari beserta harga yang berpatutan. Hanya RM6,988 untuk model standard, jentera Rider For Speed (RFS) 150i akan memberikan kuasa sebanyak 15.5hp dari enjin SOHC yang patuh Euro 3. Enjin SOHC patuh EURO 3 ini hadir dengan 1-silinder tetapi dilengkapi dengan sistem ‘3-Spark’ yang…
Author: eddy
Bekas pelumba negara, Shahrol Yuzy Ahmad Zaini sekali lagi menjalinkan kerjasama di dalam program pembangunan pelumba Vietnam buat tahun ketiga berturut-turut apabila sekali lagi menggandingkan barisan pelumba Malaysia dan Vietnam menjelang perlumbaan pusingan pertama Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) 2017 yang akan membuka tirai di Litar Johor, Pasir Gudang, minggu ini. Shahrol Yuzy yang juga…
Memang betul BUKAN moped 150cc kita tunggu tapi jentera naiktaraf dari Modenas MR1. Hadir dengan kapasiti enjin 110cc. Harga dijangkakan dalam lingkungan RM3k – RM3.5k. Murah dah tu. Kata nak motor murah. KEMASKINI: Gambar usikan ke-3 dah dipertontonkan. ?
KASMA BERSEDIA UNTUK KE SEPANYOL SH: Juarai perlumbaan CP150 buat kali kedua berturut-turut Bintang meningkat naik, Kasma Daniel Kasmayudin meraih keyakinan untuk membuat penampilan pertama di pentas Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia setelah meraih kemenangan kedua dalam kelas CP150 pada Pusingan 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS di Litar Lumba Tangkak, Johor. Pelumba PETRONAS Sprinta…
KEMASKINI: Nampaknya ini mungkin hanya jentera naiktaraf dari Modenas MR1 110 @ 125cc. Bukan 150cc. Modenas mengetag kami di Twitter mengenai sekeping gambar usikan jentera baru mereka untuk 2017. Desas-desus menyatakan bahawa Modenas sedang mempersiapkan sebuah model moped berkuasa 150cc. Ini adalah satu usaha yang bagus dalam menyaingi 2 dominasi dalam segmen moped iaitu Y15ZR…
Ternyata Viñales adalah satu kuasa baru yang perlu diperhatikan pada musim MotoGP 2017 ini. Viñales telah menunjukkan keserasian yang tinggi dengan jentera YZR-M1 pada sesi kelayakan dan kini, kepantasan dan keserasiannya terbukti dengan kemenangan pertamanya di Losail, Qatar. Bersaing rapat dengan Viñales adalah pelumba dari Ducati, Andrea Dovizioso yang berada di hadapan dan dikejar oleh Viñales dan Valentino Rossi….
Mugen hadir pada 2017 dengan jentera perlumbaan elektrik mereka untuk persaingan pada TT Zero di Isle of Man. Jentera ini akan dikendalikan oleh John McGuiness dan Guy Martin.
Mohd Hafieenaz Mohd Ali tekad untuk kembali ke prestasi terbaik untuk memberikan cabaran dalam perlumbaan kategori CP115 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2017 yang memasuki pusingan kedua di Litar Lumba Tangkak, Johor, pada 24 dan 25 Mac ini. Hafieenaz yang kini membawa cabaran WL Motorsports Racing mencatat keputusan membanggakan apabila menamatkan saingan pusingan pertama…
Melihat kepada persaingan yang semakin sengit dikalangan pelumba, satu bentuk hukuman penalti ke atas kesalahan salah laku pelumba ketika di litar mula diperkenalkan oleh promoter Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS bagi meningkatkan mutu dan semangat kesukanan dikalangan pelumba bermula saingan musim 2017 ini.