MotoGP 2017: Viñales TERPANTAS di sesi ujian, TERBUKTI di perlumbaan sebenar di Qatar

Advertisements
gambar dari MotoGP.com

Ternyata Viñales adalah satu kuasa baru yang perlu diperhatikan pada musim MotoGP 2017 ini. Viñales telah menunjukkan keserasian yang tinggi dengan jentera YZR-M1 pada sesi kelayakan dan kini, kepantasan dan keserasiannya terbukti dengan kemenangan pertamanya di Losail, Qatar.

gambar dari MotoGP.com

Bersaing rapat dengan Viñales adalah pelumba dari Ducati, Andrea Dovizioso yang berada di hadapan dan dikejar oleh Viñales dan Valentino Rossi.

gambar dari MotoGP.com

Sebelum itu, pusingan awal dipimpin oleh Johan Zarco, juara Moto2, sebelum terbabas setelah bersaing bersama Andrea Iannone.

Marquez melepasi garisan penamat pada kedudukan ke-4, diikuti oleh sahabat sepasukannya, Pedrosa pada ke-5.

gambar dari MotoGP.com

Pasukan Aprilia menunjukkan prestasi yang baik kali ini dengan kedudukan ke-6 oleh pelumba, Aleix Espargaro. Pasukan ini juga adalah pasukan ‘independent’ yang berada dalam kedudukan pertama dalam kategori ini.

Jorge Lorenzo pula berada pada kedudukan ke-11 dan mungkin masih perlu menyesuaikan diri dengan jentera Desmodromic dari Ducati.

MotoGP Race Results
1 – Maverick Viñales (SPA – Yamaha) 38’59.999
2 – Andrea Dovizioso (ITA – Ducati) +0.461
3 – Valentino Rossi (ITA – Yamaha) + 1.928

1st Independent Team Rider
6 – Aleix Espargaró (SPA – Aprilia) +7.661

24 Replies to “MotoGP 2017: Viñales TERPANTAS di sesi ujian, TERBUKTI di perlumbaan sebenar di Qatar”

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.