Moped Honda berkuasa 150cc akan datang ke Malaysia?

Satu iklan dari SMC Chang Motors Sdn Bhd di Melaka menunjukkan bahawa satu motosikal berkuasa 150cc kategori moped akan hadir ke Malaysia. Model 150cc ini adalah setara dengan model 150cc dari Vietnam iaitu Honda Winner 150. Tidaklah dapat saya pastikan bahawa perkara ini benar atau tidak, namun ura-ura kehadiran Honda 150cc samada dalam bentuk moped…

Demak Skyline GT 250 (2016) – RM9,604 (asas)

Demak, jenama yang kini semakin popular di Malaysia membawakan kepada anda model naik taraf Skyline 200 kepada Skyline GT250. Paling menarik perhatian saya pada motosikal ini adalah harganya yang cukup rendah untuk kategori motosikal berkapasiti 250cc. Walaupun Demak bukan jenama yang besar, Demak sangat cepat bertindak terhadap kehendak pasaran. Kadang-kala ada rekaan Demak yang sangat…

Yamaha Saluto RX diperkenalkan untuk pasaran India – hanya INR46,400 (MYR2,726.99)

Yamaha Motor Co., Ltd (Iwata, Japan) memperkenalkan jentera Yamaha Saluto RX yang akan dipasarkan di India pada penghujung April 2016 ini. Yamaha Saluto RX dikatakan sebagai ‘next-generation 110cc street model’ dan ini adalah bersesuaian dengan rekaan jalanan yang menghampiri rekaan Yamaha RX-S, RX-Z dan sangat berbeza dengan model moped seperti Yamaha Lagenda 110cc. Yamaha Saluto…

Yamaha Tracer 700 (2016) hadir di Eropah – motosikal kembara berasaskan MT-07

Yamaha Europe memperkenalkan model 2016, Yamaha Tracer 700, jentera pengembaraan yang diasaskan dari model Yamaha MT-07. Yamaha Tracer 700 menerima perubahan dari segi kosmetik yang nampak jelas pada penggunaan lampu hadapan yang berbeza dengan visor pelindung angin yang tinggi (boleh diubah ketinggian).  Memandangkan jentera ini adalah untuk pengembaraan, Yamaha Tracer 700 hadir dengan tangki lebih…

Rd 2 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2016: FAZLI TAWAN BATU KAWAN KALI KETIGA

Ahmad Fazli Sham mencatat rekod tersendiri apabila muncul pelumba terbanyak memenangi perlumbaan kelas perdana CP130 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS setelah meraih kemenangan ketiga di Litar Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, hari ini. Pelumba PETRONAS Yamaha Maju Motor berusia 34 tahun itu menamatkan 18 pusingan perlumbaan di litar sepanjang 1.265km itu dengan masa…

2016 Akrapovič Evolution Line (Carbon) full system and Slip-on for Kawasaki ZX-10R

Akrapovič has launched its latest range of innovative exhaust systems for the 2016 Kawasaki Ninja ZX-10R with designs strongly inspired by the exhausts used by Tom Sykes and Jonathan Rea during the machine’s 2015 World Superbike Championship–winning season. The Akrapovič Evolution Line (Carbon) is a full system designed to deliver an impressive increase in power…

2016 BMW C 650 Sport (RM64,900.00) dan BMW C 650 GT (RM68,900.00) kini di Malaysia

BMW Group Malaysia melancarkan motosikal terbaharunya ke dalam keluarga BMW Motorrad Malaysia – BMW C 650 Sport dan BMW C 650 GT yang merupakan tawaran terkini dalam segmen skuter maxi keluarannya. Sempurna untuk kegunaan di bandar dan kawasan urban, motosikal baharu ini menggabungkan aspek praktikaliti dengan keseronokan dan keselesaan tunggangan dalam jarak yang jauh. Ketika…