MotoGP: Joan Mir Kembali, Tekad Habiskan Musim Terakhir Bersama Suzuki

Pelumba Suzuki, Joan Mir, akan kembali beraksi di litar MotoGP selepas disahkan sudah kembali cergas sepenuhnya.  Juara dunia musim 2020 itu telah pun terlepas empat pusingan setakat ini ekoran mengalami kecederaan kaki.  Bagaimanapun, Suzuki mengesahkan pelumba itu akan turun beraksi bersama jentera GSX-RR di Australia.  Sementara itu, Mir teruja dengan tahap kecergasannya ketika ini dan…

Indonesia Sasar 2 Juta Motosikal Elektrik Di Jalan Raya Menjelang 2025

Tidak dinafikan, Indonesia merupakan antara pasaran motosikal terbesar di dunia dengan lebih 130 juta pemilik motosikal berdaftar direkodkan setakat ini. Ekoran lambakan pengguna dua roda di negara itu, kerajaan Indonesia mahu memulakan projek emisi sifar bermula dengan pasaran motosikal. Untuk itu, kerajaan Indonesia mensasarkan untuk merendahkan jejak karbon (carbon footprint) sebanyak 29 peratus menjelang 2030…

Aliran Kutipan Tol Tanpa Henti Bermula 2025 – Menteri

Malaysia akan beralih kepada penggunaan sistem kutipan tol tanpa henti menjelang 2025 sebagai usaha mengatasi kesesakan jalan raya di plaza tol. Perkara itu disampaikan Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof yang mejelaskan bahawa cadangan tersebut telah pun dipersetujui Jemaah Menteri, seperti yang dilaporkan BERNAMA. Sistem yang dikenali sebagai Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF)…

Vespa Lancar Empat Model GTS Baharu Bagi 2023

Pengeluar skuter Itali, Vespa memperkenalkan empat barisan model GTS bagi tahun 2023. Empat model GTS tersebut babitkan Vespa GTS, GTS Super, GTS SuperSport dan Vespa GTS SuperTech. Seperti generasi sebelum ini, GTS SuperTech merupakan varian ‘flagship’ dan dilengkapi dengan segala pakej elektronik moden. Dua enjin ditawarkan bagi model GTS, yang merangkumi enjin satu silinder i-GET…

Honda Forza 350 2023 Lancar Di Thailand – 28.8HP, 31.5Nm

Honda memperkenalkan Forza 350 2023 di Thailand yang tampil dengan pelbagai naik taraf terbaru.  Bagi pasaran negara itu, Honda Forza 350 ini tampil dengan dua varian, Standard dan Roadsync.  Untuk rekod, Honda telah pun menaik taraf Forza 350 dua tahun lalu dengan peningkatan tersebut memfokuskan bahagian enjin. Namun, model 2023 itu menyaksikan pelbagai aspek telah…

Kawasaki Z650RS Tampil Dengan Warna Baharu Di Jepun

Kawasaki melancarkan Z650RS pada tahun lalu dan sekaligus menerima sambutan baik di Jepun dan Eropah ekoran menampilkan ciri retro-moden yang sememangnya menjadi trend ketika ini. Bagi memastikan Z650RS kekal segar bagi tahun 2023, Kawasaki telah memperkenalkan pilihan warna baharu bagi model tersebut di Jepun. Bagi tahun 2023, Kawasaki Z650RS tampil dengan warna Metallic Moondust Grey…

Honda Hornet 750 2023 Dirasmikan Di Intermot – 92HP, 75Nm

Setelah hampir setahun penantian, Honda akhirnya mendedahkan Honda Hornet 750 serba baharu di pameran motosikal Intermot yang berlangsung di Cologne, Jerman.  Setelah beberapa lakaran konsep yang disiarkan sebelum ini termasuk imej ‘render’ yang dikongsikan penerbitan di Jepun, akhirnya Honda Hornet 750 dipersembahkan secara rasmi. Menampilkan rekaan serba baharu daripada Honda R&D Eropah yang berpangkalan di…

Italjet Dragster 200 Dan 125 Tiba Di Malaysia – Jangkaan Dari RM30k

Italjet Dragster 200 dan Dragster 125 tiba di Malaysia menerusi pengedar rasmi Chear Global. Italjet Dragster ini ditawarkan dalam dua varian, 125cc dan 200cc. Meskipun begitu, kedua-dua varian menampilkan rekaan, spesifikasi dan dimensi yang sama dan hanya dibezakan dengan kapasiti enjin sahaja. Untuk rekod,  varian 125cc menghasilkan 13hp daripada enjin satu silinder dengan penyejukan cecair manakala…

Zontes Malaysia Tawar Aksesori Tambahan Bagi ZT155G – Dari RM82

Zontes Malaysia telah pun melancarkan model scrambler, ZT155G pada penghujung tahun lalu.  Model tersebut bingkas mencuri tumpuan ekoran menawarkan tangki 20L selain menampilkan rekaan ala scrambler yang menarik. Bagaimanapun, untuk pasaran tempatan, Zontes ZT155G tersebut didatangkan dengan rim aloi maka menjadikan penggunaan motosikal tersebut lebih sesuai untuk tungggangan di jalan raya.  Namun, berita baik bagi…