Nama Massimo Tamburini pastinya terlintas dalam minda apabila terfikirkan pereka motosikal legenda. Sebagai penghargaan kepada ikon dunia dua roda itu, MV Agusta akan melancarkan MV Agusta Tamburini Corse F43 sempena ulang tahun ke-25 model F4. Melihat kepada beberapa imej dikongsikan, model khas yang terhad kepada 25 unit itu menampakkan reka bentuk sama dengan jentera F4. …
Author: Amirul Azreen
Sebelum ini, dunia ‘sneakers’ dan dua roda tidak pernah ada sebarang hubungan antara satu sama lain apatah lagi pemakaian ‘sneakers’ bukanlah pilihan yang selamat terutamanya sewaktu menunggang motosikal. Bagaimanapun, jenama kasut seperti Vans mula sinonim dengan penunggang motosikal jenis Harley-Davidson, retro klasik seperti Triumph dan geng skuter. Namun, Adidas mengorak langkah berbeza apabila menjalinkan kerjasama…
KTM mungkin melakar nama di pentas kejuaraan dunia MotoGP kebelakangan ini terutamanya bagi kategori Moto2 dan Moto3. Meskipun begitu, pengeluar motosikal dari Austria itu masih ketandusan motosikal jenis ‘sportsbike’ berkuasa tinggi untuk pasaran global selepas terhentinya pengeluaran KTM RC8 pada 2015. Walaupun KTM memperkenalkan RC 8C yang meminjam teknologi jenama itu di pentas MotoGP namun…
Budak Kimia BRAAAP 2 Hours Endurance 2022 (B2H) akan berlangsung 11 Disember ini di Litar Antarabangsa (Litar Selatan) sebagai perlumbaan endurance dua jam pertama yang berlangsung di sebelah malam. Lebih menarik, B2H akan turut dihangatkan dengan penyertaan pelumba negara, Hafizh Syahrin yang akan terlibat dalam kategori MP150 Elite. Hafizh pastinya akan beri saingan sengit apatah…
Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia dengan rasminya memperkenalkan Aprilia Tuono 660 Factory untuk pasaran tempatan. Berbanding (model standard) Tuono 660 yang menawarkan 95hp daripada enjin 659cc parallel-twin, versi Factory pula menawarkan kuasa yang lebih tinggi, 100hp dan 67Nm. Selain daripada kuasa yang lebih tinggi, Tuono 660 Factory ini juga hanya datang…
Berita gembira untuk peminat YSuku apabila Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah mengemas kini kapcai popular itu bagi tahun 2023. Menurut HLYM, Yamaha Y15ZR kini datang dengan pilihan warna; Yellow, Silver, Matte Green dan Orange. Kesemua model baharu ini sudah mula dipasarkan di pengedar rasmi Yamaha seluruh negara bermula hari ini (7 Disember) dengan harga…
Sempena meraikan ulang tahun ke-40 Mattel Inc di Malaysia, syarikat itu telah menjalinkan kerjasama dengan Proton bagi mengembalikan Saga dalam bentuk Hot Wheels berskala 1:64! Mengesahkan perkata itu adalah Presiden dan Ketua Pegawai Komersil Mattel Inc, Steve Totzke. “Ini adalah kerjasama yang mengujakan bagi membangunkan sebuah kereta Hot Wheels yang berupa sebuah Proton Saga, kereta…
Brembo sememangnya mempunyai pertalian erat dengan dunia perlumbaan dua roda termasuk kejuaraan dunia MotoGP dan WorldSBK. Bagi tahun 2023, pengeluar aksesori motosikal Itali itu menggunakan pengalaman di pentas kejuaraan dunia bagi menghasilkan ‘radial master cylinder’ 19RCS Corsa Corta Race Replica. Menurut Brembo, 19RCS Corsa Corta RR tersebut mempunyai daya tahan yang lebih tinggi di samping…
Umum mengetahui KTM sebelum ini telah pun menghentikan pengeluaran KTM 790 Adventure dan 790 Duke dan digantikan dengan model 890. Keputusan itu dibuat setelah hak pembuatan enjin parallel-twin 799cc itu diserahkan kepada rakan sekerja di China, CFMOTO. CFMOTO menggunakan enjin tersebut bagi menghasilkan motosikal adventure mereka sendiri menerusi CFMOTO 800MT sementara KTM pula beralih dengan…