Proton Iriz Dan Saga R3 Limited Edition Dilancarkan – Dari RM42,300!

Proton dengan rasminya melancarkan Iriz dan Saga R3 Limited Edition serta Exora dan Persona Black Edition untuk pasaran tempatan, hari ini. Empat model edisi khas ini meneruskan kesinambungan atas kejayaan Saga Edisi Ulang Tahun dengan 1,100 unit habis dijual kurang lima hari selepas pelancaran. Proton Persona dan Exora Black Edition Kedua-dua model ini didatangkan dengan…

Tentera Darat Malaysia Terima 180 Unit Kawasaki KLX 250

Tentera Darat (TD) telah menerima 180 buah motosikal jenis Kawasaki KLX 250 bagi kegunaan operasi. Penyerahan tersebut dilangsungkan semasa Majlis Penyerahan Motosikal Scrambler 250cc OP BENTENG yang disempurnakan oleh Panglima Tentera Darat (PTD), Jen Tan Sri Datuk Zamrose Mohd Zain di 92 Depot Kenderaan Pusat (92 DKP), semalam. PTD menerima replika kunci motosikal sebagai simbolik…

Fast Bikes Lancar Triumph Trident 2021 Di Malaysia – Dari RM43,900!

Fast Bikes Sdn Bhd selaku pengedar rasmi Triumph Motorcycles di Malaysia melancarkan Trident 660 untuk pasaran tempatan. Menurut Fast Bikes, lebih 50 unit telah pun ditempah dengan motosikal terbabit akan sampai di pengedar 20 Februari ini. Kemunculan semula Trident serba baharu ini menandakan langkah terbaru Triumph dalam mencabar segmen motosikal pertengahan yang sebelum ini didominasi…

Tembak Kereta Myvi Jiran Tak Tahan Bunyi Ekzos Terlalu Kuat

Gara-gara tak tahan dengan bunyi ekzos kereta milik jiran terlalu kuat, seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan menggunakan senapang angin dalam kejadian yang berlaku di Taman Ulu Choh, Johor, petang semalam. Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, pemilik kereta jenis Perodua Myvi tersebut menyedari pintu belakang sebelah kanan mempunyai kesan tembakan. Anggota…

Yamaha Bangunkan YZR-M1 2021 Berdasarkan Jentera ‘A-Spec’ Morbidelli

Masalah teknikal yang sering dialami jentera ‘factory-spec’ YZR-M1 musim lalu telah memaksa Yamaha untuk bangunkan jentera 2021 mengikut acuan ‘A-spec’ milik Franco Morbidelli. Perbezaan paling ketara di antara jentera factory dan ‘A-spec’ milik Morbidelli adalah kotak udara yang telah direka semula bagi meningkatkan kelajuan maksima. Selepas mengambil kira maklum balas para pelumba serta menganalisis data…

Gaya Cafe Racer, Honda CB350 RS Dilancarkan Di India

Honda dengan rasminya melancarkan CB350 RS untuk pasaran India. Khabar angin mengenai model berkonsepkan cafe racer ini mula bertiup kencang sejurus selepas Honda memperkenalkan H’ness CB350, tahun lalu. Honda H’ness CB350 merupakan usaha pengeluar motosikal Jepun itu mencabar dominasi Royal Enfield Classic 350 di India. Bagaimanapun, rata-rata berpendapat H’ness berpeluang menarik lebih ramai pembeli dengan…

Proton Bakal Perkenalkan Empat Model Special Edition 18 Februari Ini!

Sempena meraikan sokongan rakyat Malaysia terhadap jenama nasional, PROTON bakal memperkenalkan Iriz, Saga, Persona dan Exora Special Edition (SE) pada 18 Februari ini. Menurut PROTON, kesemua model terlibat akan dipertingkat dengan elemen unik di bahagian luar dan dalam. Orang ramai juga berpeluang membuat tempahan model SE ini pada tarikh pelancaran. Sebelum ini, PROTON telah pun…

Orang Ramai Dibenarkan Gerak Lebih 10 Kilometer – Ismail Sabri

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan kebenaran untuk bergerak melebihi radius 10 kilometer. Kebenaran tersebut adalah diboleh bagi semua negeri yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP0, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Menurut Ismail Sabri, kerajaan memutuskan untuk membenarkan pergerakan lebih 10 kilometer selepas mengambil kira banyak…

BSH Lancar CB650R Dan CBR650R 2021 – Dengan Showa Big Piston Fork, Dari RM43,499!

Boon Siew Honda (BSH) kini menawarkan Honda CB650R dan CBR650R 2021 yang telah dikemas kini dengan beberapa ciri baharu. Kedua-dua motosikal segmen pertengahan itu kini didatangkan dengan Showa 41mm Separate Funtion Big Piston (SF-BP) USD fork, paparan LCD yang lebih segar, pengecas USB Type-C serta rekaan grafik baharu. Naik taraf terbesar adalah fork Showa SF-BP…