Tembak Kereta Myvi Jiran Tak Tahan Bunyi Ekzos Terlalu Kuat

Advertisements

Gara-gara tak tahan dengan bunyi ekzos kereta milik jiran terlalu kuat, seorang lelaki bertindak melepaskan tembakan menggunakan senapang angin dalam kejadian yang berlaku di Taman Ulu Choh, Johor, petang semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar, pemilik kereta jenis Perodua Myvi tersebut menyedari pintu belakang sebelah kanan mempunyai kesan tembakan.

Anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri telah membuat serbuan pada hari sama dan memberkas suspek lelaki berusia 63 tahun yang tinggal di taman perumahan tersebut.

Pihak polis turut menjumpai selaras senapang tiruan pendek, selaras senapang tiruan panjang dan tiga guli yang disimpan di bawah almari di dapur rumah suspek.

Polis turut mengesyaki bahawa suspek mempelajari pembinaan senapang tersebut menerusi saluran YouTube.

Sementara itu, Dzulkhairi turut mendedahkan sikap pengadu berusia 21 tahun itu yang sering membunyikan ekzos hingga menggangu jiran tetangga.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960. – HM

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.