Minyak Shell Advance 4T Long Ride 10W-40 Kini Dalam Pek 1.2L

Mendengar keluhan dan permintaan pengguna motosikal yang perlu membelanjakan dua botol ketika servis minyak hitam, Shell Malaysia kini memperkenalkan pek 1.2L bagi Shell Advance 4T Long Ride 10W-40. 

Dijual pada harga RM68.80 (Semenanjung Malaysia) dan RM69 (Sabah dan Sarawak), Shell Advance 4T Long Ride merupakan minyak jenis sintetik penuh (fully syntethic) bagi motosikal 4-lejang (4-stroke). 

Untuk rekod, Shell Advance 4T Long Ride ini mengandungi PurePlus Technology yang menawarkan 99.5 peratus minyak asas tulen yang dihasilkan daripada gas asli. 

Menurut Shell Malaysia, minyak enjin tersebut dibangunkan bagi menghasilkan ketahanan sehingga 6,000km tanpa menjejaskan prestasi enjin dan perlindungan. 

“Shell Advance 4T Long Ride 10W-40 ini bukan sahaja memenuhi permintaan malah turut mengurangkan pembelian lebih daripada satu botol, menjimatkan masa dan memastikan motosikal pengguna menerima jumlah yang tepat,” ujar Pengarah Urusan Shell Lubricants Business Malaysia dan Singapura, Nyon Kam Yew. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]