KLBS’23: SYM Tuscany 150 Kini Di Malaysia – RM8,888

MForce selaku pengedar rasmi jenama SYM di Malaysia telah memperkembangkan tawaran model disini dengan pelancaran SYM Tuscany 150 di Kuala Lumpur Bike Show 2023 (KLBS’23) bertempat di WTC, Kuala Lumpur pada Khamis. 

Menariknya, Tuscany 150 dipasarkan di Thailand dibawah jenama GPX kerana pembangunan skuter itu merupakan usahama antara GPX dan SYM. Jadi tidak hairanlah skuter itu dijual dibawah jenama SYM disini. 

Bagi pasaran Malaysia, hanya satu varian ditawarkan iaitu varian tertinggi yang dilengkapi dengan sistem tanpa kunci (keyless). 

Dalam pada itu, Tuscany 150 dikuasakan enjin satu silinder 149.6cc SOHC, 2-valve dengan penyejukan udara yang menawarkan 11hp dan 11.4Nm. Kuasa pula disalurkan menerusi transmisi automatik jenis CVT. 

Antara kelengkapan lain ditawarkan termasuk:

  • fork teleskopik depan
  • penyerap hentakan belakang (berkembar)
  • cakera brek depan 
  • sistem brek CBS (combine braking system)
  • tayar 110/70-12 depan
  • tayar 120/70-12 belakang

Meskipun tampak retro, Tuscany 150 ini masih lagi datang dengan ciri moden seperti panel meter digital LCD, lampu LED dan pengecas USB. 

Pada masa sama, skuter ini juga dilengkapi tangki bahan api 5.7L dan ruang letak barang (bawah tempat duduk) 27L. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]