KLBS’23: Brixton CrossFire 150 XS Dilancarkan – RM8,788

MForce terus merancakkan hari pertama Kuala Lumpur Bike Show 2023 berlangsung di WTC Kuala Lumpur pada Khamis dengan pelancaran Brixton CrossFire 150 XS.

Kemunculan CrossFire 150 XS telah pun dijangka berdasarkan ‘teaser’ yang dimuat naik di media sosial sebelum ini. Namun menariknya, ketika pasaran global lain menawarkan jentera dengan sesaran enjin 125cc, pasaran Malaysia menerima enjin 150cc. 

Untuk rekod, CrossFire 150 XS merupakan motosikal gaya mini-scrambler dan akan bersaing dengan Honda MSX 125 (Grom) dan Honda Monkey. Enjin satu silinder 150cc itu menawarkan 13.4hp @ 9,500rpm dan 11.9Nm pada 6,500rpm. 

Antara ciri lain ditawarkan termasuk fork jenis USD, monoshock, cakera brek 220mm depan (tunggal) dan 190mm belakang (tunggal), tayar 12-inci depan dan belakang, serta tangki 11L. Bagi memastikan motosikal ini mudah diakses semua jenis penunggang, ketinggian tempat duduk selesa pada 770mm dan berat 111kg. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]