Kawasaki Bakal Raikan Ulang Tahun Ke-70 Di Good Times World Di Kobe, Jepun

Tahun 2023 sememangnya cukup bermakna buat Kawasaki apabila jenama motosikal Jepun itu akan meraikan ulang tahun ke-70. 

Team Green memulakan langkah pertama dalam dunia motosikal pada tahun 1953 dan selepas berakhirnya Perang Dunia Ke-2, Kawasaki mula menghasilakn enjin di bawah nama ‘Kawasaki Machine Works’ dan sejak itu Kawasaki telah pun menjadi nama besar dunia dua roda di pasaran global. 

*Kawasaki Ninja ZX-6R

Setakat hari ini, motosikal Kawasaki dijual di lebih 90 negara seluruh dunia termasuk di Malaysia menerusi pengedar baharu, Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS).

Bagi meraikan ulang tahun tersebut, Kawasaki akan melangsungkan dua acara besar termasuk Kawasaki Good Times World yang akan berlangsung di Kobe, Jepun dan juga di Amerika Syarikat di Kawasaki USA Heritage Hall bertempat di California bermula September ini., 

*Kawasaki Z900 SE

Kedua program ini akan menampilkan sejarah bermulanya perniagaan Kawasaki di Jepun dan kemudiannya di serata dunia. 

Untuk rekod, Kawasaki memperkenalkan enjin motosikal pertama pada 1953 menerusi enjin “KE-1” sebelum enjin gasolin pelbagai guna KF4 diperkenalkan empat tahun selepas itu. 

Kemudian pada 1960, Kawasaki memulakan  memulakan pengeluaran motosikal secara besar-besaran hasil kerjasama dengan Meguro Manufacturing Company lalu terhasilnya model popular Kawasaki B8 pada 1963. Model B8 itu berjaya merekodkan tempat pertama sehingga ke-6 bagi perlumbaan motosikal kelas 125cc di Anonogahara, Jepun. 

Sehingga ke hari ini, nama Kawasaki cukup gah bagi dunia motosikal dan pentas kejuaraan dunia terutamanya di Kejuaraan Dunia Superbike (WorldSBK) menerusi jentera ZX-10R. 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]