Suzuki Tawar Kit Grafik Suzuki Endurance Racing Team Bagi GSX-8S

Umum sedia maklum bahawa Suzuki GSX-8S telah pun berada di pasaran tempatan menerusi Suzuki Malaysia. 

Model serba baharu itu telah pun dilancarkan bersama-sama V-Strom 800DE di Kuala Lumpur pada Jun lalu. 

Selain di Malaysia, pasaran dunia lain termasuk di Eropah juga telah pun menerima Suzuki GSX-8S. Bagi meraikan ketibaan model baharu itu, Suzuki telah menghasilkan pakej grafik Suzuki Endurance Racing Team (SERT) bagi GSX-8S di pasaran Perancis. 

Pakej tersebut, yang dinamakan sebagai GSX-8S SERT, menampilkan kit grafik yang memberi penghormatan terhadap jentera Suzuki diguna pakai SERT di Endurance World Championship (EWC). 

Selain itu, kit grafik itu juga meraikan kejayaan SERT di EWC termasuk 20 kejuaraan. Walaupun Suzuki telah menarik diri daripada semua kejuaraan, kilang Hamamatsu masih mengekalkan penglibatan di EWC menerusi SERT. 

Selain grafik, Suzuki juga menawarkan aksesori tambahan termasuk belly pan, pad tangki, penghadang angin sporty, kit ‘fender eliminator’ dan winglet kecil di pelindung radiator. 

Menurut Suzuki, kit SERT ini boleh didapatkan di pengedar rasmi Suzuki di Perancis dengan harga jualan EUR890 (RM4.5k). 

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]