Niat Membantu, Bengkel Sanggup Baiki Motosikal Secara Hutang Tapi Pelanggan Pula Lesap

Sebuah bengkel di Lembah Klang yang popular membaiki motosikal jenis Modenas Dominar dan Pulsar mencuri tumpuan di media sosial. 

Ini kerana perkongsian terbaru oleh bengkel berkenaan menceritakan bagaimana mereka membantu seorang pelanggan wanita untuk membaiki motosikal jenis Modenas Pulsar RS200. 

Berdasarkan perkongsian di Facebook, pelanggan tersebut telah meminta tolong bengkel untuk membaik pulih motosikalnya – walaupun tiada duit yang cukup –  kerana amat memerlukannya untuk pekerjaan menghantar barangan. 

Atas dasar budi bicara , bengkel tersebut bersetuju membaiki motosikal pelanggan terbabit secara berhutang agar pelanggan boleh melakukan kerja dan mencari dana untuk membuat bayaran. 

Namun, difahamkan pelanggan tersebut lesap sejak sebelum Aidilfitri hingga ke hari ini dan gagal membuat sebarang bayaran. 

Perkongsian itu juga mendapat pelbagai reaksi di Facebook dengan rata-rata menasihatkan pemilik bengkel untuk mewajibkan deposit terlebih dahulu di samping ada yang mencadangkan untuk membuat perjanjian bertulis sebelum menawarkan perkhidmatan baik pulih secara berhutang.

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply