Polis KL Bakal Terjah Bengkel Ubah Suai Motosikal

Polis Kuala Lumpur akan melaksanakan serbuan terhadap bengkel motosikal yang didapati melakukan pengubahsuaian haram pada motosikal terutamanya bagi tujuan lumba haram. 

Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain. Jelasnya, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur akan turut melakukan tangkapan selain semakan rekod jenayah. 

“Pemeriksaan akan dilakukan ke atas bengkel kenderaan yang melakukan pengubahsuaian menyalahi undang-undang serta mengesan kenderaan curi.

“Siasatan di bawah Seksyen 29(1) Akta Kesalahan Kecil 1955 akan diambil sekiranya gagal untuk memberi keterangan di atas pemilikan kenderaan terlibat,” jelasnya dalam satu sidang media di IPK Kuala Lumpur. 

Selain itu, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) akan turut melakukan pemeriksaan sekiranya terdapat salah laku penyalahgunaan dadah. – Sinar Harian

Advertisements
[wp_dfp_ad slot="mm_lb_03"]

Leave a Reply